Calon Parti Republikan, Donald Trump diangkat menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk kali kedua setelah dia berjaya memperoleh 270 undi elektoral, hari ini.
Kemenangan itu meninggalkan seorang lagi calon daripada Parti Demokrat iaitu Kamala Harris yang menjadi pencabar utama Donald dengan 230 undi diperoleh wanita itu.
Donald Trump jauh meninggalkan pencabarnya itu sejak di peringkat awal apabila media AS menjangkakan kemenangan Trump di 20 negeri sebelum ini.
Trump dilaporkan memperoleh kemenangan besar di Texas dan Ohio serta sebilangan negeri lain yang cenderung menyokong Parti Republikan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.