New York menjadi antara yang paling teruk terjejas apabila mencatatkan jumlah kematian sebanyak 914 pada Isnin yang lalu. Penularan wabak COVID-19 di Amerika Syarikat dilihat merebak dengan pantas dengan ada yang mendakwa disebabkan tindakan lambat yang diambil oleh pemimpin mereka.
Sebanyak 124 kes yang direkodkan di New York berlaku hanya dalam tempoh enam jam sahaja dan menyebabkan jumlah kematian dengan purata adalah setiap 3 minit. Malah, oleh kerana terlalu ramai yang terkorban akibat wabak itu telah membuatkan negara itu menyimpan mayat mereka di dalam trak sejuk beku.
Baca: COVID-19: Terlalu Ramai Yang Mati, Amerika Syarikat Terpaksa Simpan Mayat Dalam Trak Sejuk Beku
Pimpinan tertinggi kerajaan Amerika Syarikat semalam menjangkakan wabak ini mampu membunuh 100,000 dan 240,000 rakyat mereka walaupun langkah-langkah keselamatan seperti ‘social distancing’ telah dilakukan.
Dr. Anthony S. Fauci, yang mengetuai operasi membanteras penularan COVID-19 di Amerika memberitahu jumlah kematian boleh menjadi lebih tinggi sekiranya rakyat mereka tidak mematuhi garis panduan yang diberikan. Selain meminta orang ramai mengambil serius dengan arahan tersebut.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah pun memanjangkan tarikh untuk ‘social distancing’ selama 30 hari seperti yang diumumkan Ahad lepas. Setakat ini, sebanyak 173,741 kes telah diterima di seluruh negara tersebut dengan 3,433 kematian dicatatkan.
“Saya mahu setiap rakyat Amerika untuk bersedia menghadapi hari-hari yang lebih sukar untuk dua ke tiga minggu akan datang ini.”
Trump berkata virus ini adalah ujian terbesar negara ini yang tidak pernah mereka hadapi sebelum ini dan ianya memerlukan kerjasama yang sangat baik daripada seluruh rakyat. Dr. Deborah L. Birx dari White House turut meminta orang ramai untuk mengikuti panduan: tidak berkumpulan melebihi 10 orang, tidak menjelajah ke tempat lain dan tidak berkumpul di restoran.
Walaupun langkah keselamatan seperti ‘social distancing’ telah mula dilakukan namun pakar menjangkakan angka kematian akan terus meningkat. Menurut Trump lagi, Amerika sedang melalui fasa terburuk negara itu di mana jumlah kematian semakin mencatatkan peningkatan setiap hari.
Artikel berkaitan: Hospital Guna ‘Forklift’ Untuk Mengangkut Mayat COVID-19 Masuk Ke Dalam Trak