Donald Trump Akhirnya Tarik Balik Sekatan Terhadap Huawei

Trending

Donald Trump Akhirnya Tarik Balik Sekatan Terhadap Huawei

Jutaan pengguna peranti telefon pintar Huawei menerima impak dramatik apabila kerajaan Amerika Syarikat, dibawah pentadbiran Donald Trump menyenarai hitam syarikat gergasi itu untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat Amerika Syarikat.

Terbaru, ketika sidang media G20 di Osaka, Jepun hari ini, Trump telah bertemu Presiden China, Xi Jinping untuk membuat rundingan bagi mengkaji semula sekatan tersebut.

Advertisement

Berita baik, Trump mengumumkan telah membenarkan Huawei untuk kembali berurusniaga dengan membeli produk daripada pembekal Amerika Syarikat. Trump dan Jinping bersetuju menangguhkan perang perdagangan antara kedua-dua negara.

Trump juga bersetuju untuk membatalkan pelaksanaan tarif baru bernilai USD 300 bilion ke atas barangan import dari China.

Pihak China juga akan membeli sejumlah besar barangan Amerika Syarikat untuk mengurangkan ketidakseimbangan perdagangan.

Terdahulu, pelbagai kontroversi yang timbul termasuk dakwaan mengatakan kerajaan China menggunakan produk Huawei untuk melakukan pengintipan di negara yang menggunakannya. Bagaimanapun, Huawei berulangkali menafikannya dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya untuk siasatan lanjut tetapi pentadbiran Trump tidak memberikan sebarang respon.

Sumber Berita : SOUTH CHINA MORNING POST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...