Dompet Pelajar Yang Tercicir Pada Tahun 1957 Ditemui Semula Di Sebalik Loker Sekolah Selepas 62 Tahun Berlalu

Kehidupan

Dompet Pelajar Yang Tercicir Pada Tahun 1957 Ditemui Semula Di Sebalik Loker Sekolah Selepas 62 Tahun Berlalu

Misteri kehilangan dompet oleh seorang pelajar di North Canton Middle School akhirnya terjawab. Tetapi malangnya ianya mengambil masa yang terlalu panjang kira-kira 62 tahun untuk ditemui semula. Dan lebih menyedihkan, pemiliknya sendiri sudah lama meninggal dunia.

North Canton Middle School di Ohio menemui penemuan menarik itu secara tidak sengaja oleh Chas Pyle, penjaga di sekolah itu yang hanya mahu membaiki loker yang rapat pada bahagian dinding. Di celah diantara dinding dan loker itu lah, dia menemui sebuah dompet yang telah nampak usang.

Advertisement

loker dompet hilang

Pihak sekolah kemudian melakukan penyiasatan untuk mengesan identiti pemilik dompet tersebut. Selepas diselidik, mereka mendapati dompet itu kepunyaan bekas pelajar sekolah itu iaitu Patti Rumfola yang pernah melaporkan kehilangan dompet pada tahun 1957.

Sejak dompet itu ditemui, ramai yang teruja ingin mengetahui isi kandungan yang terdapat di dalamnya. Lagi-lagi untuk mengetahui apakah barangan yang dibawa oleh seorang gadis yang hidup pada tahun 1950-an pada waktu itu.

Selepas berhubung dengan keluarga Patti Rumfola, pihak sekolah dan keluarga Patti bersama-sama membongkarkan isi di dalam dompet itu. Keluarga Patti juga turut sama teruja untuk melihat  kehidupan remaja peninggalan mendiang ibu mereka.

dompet patti rumfola

patti rimfola

patti rimfola
Dompet milik Patti Rimfola itu hilang di sekolah sewaktu usianya 14 tahun. Seperti mana gadis-gadis yang lain, Patti turut membawa sikat dan alatan solek di dalam dompetnya itu yang masih berada dalam keadaan yang baik.

Selain itu, beberapa barangan lain yang terdapat di dalam dompet itu antaranya seperti kad perpustakaan dan jadual perlawanan bola sepak pada tahun 1956. Beberapa keping gambar keluarga berwarna hitam putih turut disimpan di dalam dompet itu.

patti rimfola

patti rimfolapatti rimfola

patti rimfola

patti rimfola

patti rimfola

patti rimfola

Patti Rimfola mempunyai lima orang anak dan berkhidmat sebagai seorang guru sepanjang hayatnya. Dia menamatkan persekolahannya pada tahun 1960 dan meninggal dunia pada usia 71 tahun. Setiap seorang daripada anaknya kemudian mengambil keputusan untuk menyimpan duit siling yang ditemui di dalam dompet itu sebagai kenangan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...