Pelakon, Zulin Aziz berharap dompetnya yang hilang sejak beberapa hari yang lalu jatuh ke tangan individu yang lebih memerlukan.
Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz sehingga kini dompetnya masih belum ditemui namun dia sudah reda dengan perkara itu.
Saya masih belum jumpa purse itu, tapi saya reda. Saya percaya Allah gantikan dengan rezeki lebih baik nanti. Semoga yang jumpa duit itu, dia benar-benar memerlukan.
Mungkin rezeki dia yang lebih layak. Semua ini bukan milik kita. Pinjaman saja. Tak apalah. Yakin 100 peratus Allah maha kaya, maha memberi, maha mengetahui.
View this post on Instagram
Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya.
Pelakon itu turut meluahkan rasa terharu apabila ramai yang datang dan menegurnya ketika dia berada di Korea.
Terima kasih kepada yang tegur saya di Korea ini. Semua tanya dompet dah jumpa, sweet!! Siap ada yang belanja makan.
Jangan risau tau. Alhamdulillah, saya baik-baik saja. Masih ada ‘bank’ suami. Nanti balik Malaysia, kita kerja keras balik. Ganti apa yang hilang, insya Allah.
Sebelum ini, Zulin berkongsi kisah sedihnya menerusi satu lagi hantaran di Instagram apabila kehilangan dompet yang mungkin tertinggal atau terjatuh di tempat duduk pesawat dalam perjalanan percutiannya ke Korea Selatan.
View this post on Instagram
Jelasnya, perkara itu (dompet hilang) disedarinya agak lewat dan beranggapan kehilangan terbabit berlaku mungkin di tempat duduk pesawat.