Dolly Dim Sum Ada Sijil Halal Untuk ‘Central Kitchen’, Johnny’s Dan Black Canyon Guna Bahan Dari Pembekal Sijil Halal

Kehidupan

Dolly Dim Sum Ada Sijil Halal Untuk ‘Central Kitchen’, Johnny’s Dan Black Canyon Guna Bahan Dari Pembekal Sijil Halal

Tular sebelum ini mengenai beberapa rangkaian restoran terkenal disahkan tidak mempunyai sijil Halal oleh JAKIM.

Antara nama restoran yang disebut dalam senarai adalah Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi, Bungkus Kaw Kaw dan Johnny’s Restaurant.

Advertisement

Berikutan itu, restoran Dolly Dim Sum tampil menjelaskan bahawa dapur berpusat (central kitchen) mereka yang membekalkan bahan-bahan & makanan separa siap ke cawangan restoran telah menerima sijil halal dari pihak JAKIM.

Dolly dim sum kenyataan halal

Anda boleh menyemak status halal kami di laman web JAKIM dengan menggunakan sembilan digit terakhir 021-06/2024. Seperti yang dinyatakan dalam pengumuman kami pada 1 Ogos 2024, kami juga sedang dalam proses mendapatkan sijil Halal untuk setiap cawangan kami.

Memperoleh sijil halal central kitchen adalah sebahagian dari langkah peting dalam keseluruhan proses pensijilan ini.

Manakala restoran Johnny’s dan Black Canyon memaklumkan bahawa mereka belum menerima sijil halal rasmi dari JAKIM namun menegaskan bahawa semua bahan makanan yang digunakan adalah daripada pembekal yang memiliki sijil halal.

Dalam kenyataan mereka, kedua-dua restoran menekankan bahawa tiada penggunaan alkohol atau wain dalam penyediaan makanan dan minuman mereka.

Dalam pada itu, Johnny’s dan Black Canyon kini sedang dalam proses mendapatkan pensijilan halal daripada JAKIM yang melibatkan dapur berpusat dan setiap cawangan individu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 restoran popular tiada sijil halal
2 weeks ago

Sering Dikunjungi Pelanggan Muslim, JAKIM Sahkan 5 Restoran Popular Ini Tiada Sijil Halal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...