Dollah Salleh Akui Team Mereka Lagi Power!!

Trending

Dollah Salleh Akui Team Mereka Lagi Power!!

Mengambil contoh kelincahan Fauzi Roslan pada saingan Liga Super malam tadi yang menyaksikan JDT diaibkan tuan rumah dengan keputusan 3-2, Dollah Salleh berkata pemain berasal dari Pekan, Pahang itu menunjukkan prestasi membanggakan dengan menjaringkan dua gol.

pahang menang 3-2

“Saya memang tak nafikan bahawa pemain tempatan yang ada di Pahang ini sebenarnya ramai yang boleh pergi lebih jauh.

Advertisement

“Memang kita turunkan dua pemain import tetapi agak tidak menjadi dan separuh masa kedua Tengku Muda Tengku Abdul Rahman (selaku Presiden PBNP) sendiri mencadangkan supaya menurunkan pemain tempatan,” katanya.

ekoran itu beliau menukar dua pemain import skuad Tok Gajah (Nikolce Kleckarovski dan Mohamed Borji) dan terbukti percaturan menurunkan pemain tempatan membuahkan hasil.

Dollah bagaimanapun mengakui pertahanan pasukan itu masih longgar dan perlu diperkemas. Astro Arena

koi setuju, koi setuju! Pahang power!! harap jiran Pahang iaitu perak boleh menganas jugak pada perlawanan seterusnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...