Dokumentari Papar Situasi Sebenar Pesakit Covid-19 Dipuji, Netizen Sebak Dengar Kata-Kata Jururawat Ini

Trending

Dokumentari Papar Situasi Sebenar Pesakit Covid-19 Dipuji, Netizen Sebak Dengar Kata-Kata Jururawat Ini

Majalah 3 sekali lagi mendapat perhatian selepas tampil dengan sebuah dokumentari yang memaparkan situasi sebenar yang berlaku ketika penularan wabak pandemik COVID-19 di negara kita.

Menerusi dokumentari tersebut, penonton dapat melihat bagaimana petugas barisan hadapan berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka ini.

Advertisement

Dokumentari itu juga memaparkan bagaimana para pesakit Covid-19 pada tahap 4 atau 5 yang terpaksa bergantung dengan bantuan pernafasan tidak dapat berjumpa dengan keluarga tersayang.

Malah, ada juga pesakit yang hanya mampu melihat keluarga tersayang dengan video call sebelum menghembuskan nafas terakhir. Tentunya perkara ini sangat menghibakan.

Pesakit Covid-19

Disana, jururawat turut berkongsi dimana pihak perubatan tidak pernah mengira bangsa dan agama kerana mereka sedaya-upaya bertungkus lumus menjaga para pesakit sehingga sembuh.

Jururawat Sebak

Program yang disiarkan di saluran TV3 itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa sebak melihat laporan tersebut dek pengorbanan frontliners yang tiada nilainya.

Paparan perjalanan pesakit Covod-19 ini juga sedikit sebanyak berjaya membuka pata ramai pihak untuk miliki kesedaran dan menjaga SOP.

Ini kerana, disaat genting sebegini, bantuan dari masyarakat untuk sentiasa patuh SOP amatlah diharapkan agar dapat membendung penularan wabak Covid-19 yang jelasnya semakin meningkat hari ke hari.

Sedar tidak sedar, pandemik COVID-19 yang bermula di China pada tahun 2019 kini telah menular ke seluruh dunia sudah hampir dua tahun lamanya.

Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia pula direkodkan sebanyak 474,556 kes semalam dan kes ini akan meningkat jika orang ramai tidak mengamalkan SOP.

Semoga dokumentari ini dapat mencuit hati kecil penonton untuk sentiasa mengambil tahu kepentingan menjaga SOP dan keadaan yang benar-benar berlaku ini. Secara amnya, isu ini bukanlah mainan mahupun drama, tetapi ia realiti dunia.

Kita jaga kita.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...