Dokumentari Khas : Nahas pesawat MH17, Adakah CIA terlibat?

Trending

Dokumentari Khas : Nahas pesawat MH17, Adakah CIA terlibat?

mh17_600_1_600Sebuah dokumentari khas berhubung beberapa teori yang dikaitkan dengan punca nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014 akan disiarkan pada 3 Mei ini.

Laman Portal Mail Online melaporkan, dokumentari yang bertajuk “The Conspirancy Files:Who Shut Down MH17? itu akan disiarkan menerusi stesyen televisyen BBC.

Advertisement

Berkisar dengan dokumentari itu, kejadian menembak pesawat yang menyebabkan kematian 298 penumpang dan anak kapal terbabit didakwa berpunca akibat operasi pengganas yang dibantu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Memetik sumber FMT, walaupun laporan rasmi oleh pasukan penyiasat antarabangsa menyebut bahawa pesawat MH17 telah ditembak jatuh oleh sistem pertahanan buatan Rusia, BUK dari kawasan yang dikuasai oleh pemberontak pro-Moscow, tetapi dokumentari berkenaan mengumpul kenyataan beberapa orang saksi yang mendakwa kapal terbang Boeing 777 terbabit ditembak oleh sebuah pesawat pejuang.

Ia dibuktikan oleh wartawan yang terlibat dalam penerbitan dokumentari berkenaan, Billy Six apabila mewawancara kira-kira 100 orang saksi dengan tujuh daripadanya mendakwa melihat kelibat jet tempur pada hari kejadian.

Dokumentari BBC itu turut menampilkan teori tentang penglibatan CIA melancarkan operasi pengganas untuk meletupkan pesawat terbabit bagi menyalahkan Rusia yang juga seteru AS.

Teori berkenaan dicetuskan oleh penyiasat peribadi, Sergey Sokolov yang percaya CIA membantu pasukan perisikan Ukraine dan Belanda untuk meletakkan bom dalam pesawat itu ketika di Amsterdam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...