Tahukah anda bahawa semasa Hari Belia 2012 baru-baru ini, 3 artis Kpop iaitu U Kiss, Teen Top dan Dal Shabet telah dibawa ke Malaysia untuk menghiburkan para belia. Sebelum ini telah tercetus kontroversi akibat pembatalan ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dikaitkan dengan konsert ini. Dan 2,3 hari ini, telah tersebar di blog-blog politik apa yang dikatakan dokumen tuntutan perbelanjaan untuk artis Kpop ini yang mencecah RM2.04 juta.
Namun Abang Nara menasihatkan anda agar tidak mempercayai 100% yang dokumen ini adalah benar. Sekali tengok, ini cuma file Microsoft Excel yang boleh dibuat oleh semua orang. Kesahihannya tidak dapat dikenalpasti dan mungkin isu ini dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan sendiri.
Apa pun, Abang Nara tetap rasa kecewa kerana dokumen ini menunjukkan yang artis tempatan kita dibayar lebih rendah berbanding 3 kumpulan Kpop ini. Rasanya jumlah artis Malaysia yang hadir untuk Hari Belia 2012 lebih ramai. Nampaknya artis kita perlu berusaha lebih keras untuk dipandang tinggi di negara sendiri.