Dokumen Asal Perkahwinan Ramli MS & Alyah Di Batam Akan Diserah Kepada Jais Selasa Ini

Hiburan

Dokumen Asal Perkahwinan Ramli MS & Alyah Di Batam Akan Diserah Kepada Jais Selasa Ini

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah pun mengesahkan yang mereka telah pergi menjalankan siasatan di rumah Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, Puchong untuk mengesahkan desas-desus perkahwinan komposer terkenal ini dengan Alyah. Secara ringkasnya, JAIS telah diyakinkan baahwa pernikahahan antara Ramli MS dan Alyah telah berlaku di Batam, Indonesia.
ramli ms dan alyah nikah di batam indonesiaSiasatan telah dilakukan oleh JAIS setelah menerima aduan daripada orang awam. Siasatan berjalan lancar dengan kesemua pihak yang terlibat memberikan kerjasama yang sangat baik. Berikut ialah kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Pengarah JAIS, Tuan Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Bahagian Penguatkuasaan JAIS berjaya diyakinkan bahawa pernikahan Datuk Ramli Mohamed Salleh bersama Noor Hasliah Abu Hassan (Alyah) telah berlaku di Batam, Indonesia.

Dokumen asal perkahwinan yang didakwa oleh pasangan ini akan diserahkan kepada JAIS pada Selasa ini untuk penelitian, semakan dan siasatan lanjut dari sudut undang-undang dan hukum syarak.

Advertisement

ramli ms dan alyah nikah di batam indonesiaSekali lagi Abang Nara ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Alyah dan Ramli MS. Kalau beritahu awal-awal kan lagi bagus. Namun pasti mereka berdua terutamanya Datuk Ramli MS ada sebab tersendiri untuk merahsiakan perkahwinan mereka. Nampak gayanya lepas ini kenalah panggil Alyah ‘Datin’. Hehehe. Tak gitu? Sumber asal Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...