Doktor Wanita Tuntut Suami Julia Farhana Bayar RM150K, Didakwa Lari Dari Bayar Hutang?

Hiburan

Doktor Wanita Tuntut Suami Julia Farhana Bayar RM150K, Didakwa Lari Dari Bayar Hutang?

Baru saja mendirikan rumah tangga bersama, muncul lagi ujian buat pasangan Julia Farhana dan suami, Dr Mohammad Che Hafiz Che Ibrahim selepas seorang wanita menuntut hutang.

Difahamkan dari dakwaan daripada seorang doktor wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu, Che Hafiz didakwa gagal bayar semula wang pelaburan sebanyak RM150,000 untuk menjalankan operasi sebuah klinik di Cyberjaya, Selangor.

Advertisement

Susulan itu, wakil peguam kepada plaintif, Zawia Najah Badrul Hisham dari Nik Sofia & Co memaklumkan bahawa Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mengarah Che Hafiz serta seorang lagi rakan kongsi untuk bayar wang itu sejak 10 Jun 2022 lagi.

Disebabkan itu, wanita terbabit merasakan Che Hafiz serta rakannya itu sengaja melengahkan tuntutan bayaran berkenaan.

Difahamkan, doktor wanita itu telah bersetuju untuk melabur sebanyak RM150,000 tetapi berputih mata kerana klinik tidak disiapkan dan sepatutnya klinik tersebut mula beroperasi Januari tahun lalu.

Selain wang pelaburan tersebut, plaintif turut menuntut tunggakan gaji sebanyak RM16,000 bagi dua bulan awal klinik beroperasi.

Lagi membuatkan keadaan bertambah teruk, wanita tersebut terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membeli kelengkapan untuk mulakan operasi klinik.

2 years ago

"Dia Ajak Dating Pergi Masjid" - Julia Farhana Dedah Che Hafiz Banyak Bimbing Dekati Islam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...