Doktor Wanita Terkejut Cicak Dalam Telinga Pesakit

Kehidupan

Doktor Wanita Terkejut Cicak Dalam Telinga Pesakit

Seorang wanita bertemu dengan seorang doktor di Thailand kerana telinganya sangat sakit. Tetapi apa yang mengejutkan apabila seorang doktor di Thailand menemui seekor cicak di dalamnya.

Dr Varanya Nganthavee, 25, terkejut selepas menemukan haiwan tersebut di dalam telinga pesakitnya pada hari pertama dia bertugas di Hospital Rajavithi di Bangkok pada Isnin lalu.

Semasa membuat pemeriksaan doktor ini sangat terkejut apabila mendengar bunyi yang kuat di dalam telinga pesakitnya.

Advertisement

Doktor ini telah berjaya membuang cicak tersebut menggunakan pengepit semasa pesakit dirawat.

Beliau telah mengkongsikan gambar cicak yang berjaya dikeluarkan dari telinga pesakit di dalam akaun Facebook miliknya.

Ia adalah kes terakhir saya pada hari tersebut. Saya keliru. Bagaimana cicak sebesar itu boleh memasuki lubang telinga?


Dia turut bimbang jika ada bahagian anggota lain haiwan itu tertinggal di dalam telinga pesakitnya selepas cicak tersebut dikeluarkan menggunakan titisan anestetik.

Dr Varanya kemudiannya membawa pesakitnya ke pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) pada Selasa lalu.

Mungkin ekor cicak terputus semasa proses rawatan dan tertinggal dalam di dalam telinga pesakit.

Tetapi, doktor telah mengesahkan tiada ekor cicak di dalam telinga. Saya sangat gembira! Doktor itu turut memuji saya kerana melakukan tugas dengan baik.

Difahamkan, ia adalah sejenis cicak rumah yang digelar Jing Jok yang biasa ditemukan di Thailand.

Bagaimanapun para doktor masih bingung bagaimana ia masuk ke dalam telinga dan berada di dalamnya selama 48 jam. Gelinya kalau cicak masuk dalam telinga.

Sumber: LAD BIBLE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...