“Doktor, Tolong Buang ‘Braces’ Ini, Saya Dah Tak Tahan. Sakit!”

Trending

“Doktor, Tolong Buang ‘Braces’ Ini, Saya Dah Tak Tahan. Sakit!”

Al kisah hari ini ada seorang pesakit datang ke klinik minta doktor tolong buangkan braces yang dipakainya sebab dah tak tahan. Bila ditanya, katanya dah pakai braces ini selama dua bulan dengan bayaran RM700.

Advertisement

Tak adalah murah. Bila ditanya pasang di mana, katanya di rumah ‘doktor’ itu.

“Ada temujanji lagi tak selepas ini?”

“Ada, sebulan sekali dan kena bayar RM100,” jawabnya.

Ini sah-sah kes fake braces. Alahai, nak marah pun ada, kasihan pun ada.

Selepas diperiksa, teruknya gusi dia yang bengkak berdarah, berbau, gigi pula bergoyang, ada bracket yang tercabut, sisa makanan tak payah ceritalah.

Akhirnya doktor ambil keputusan untuk tanggalkan fake braces itu dan bersihkan giginya, selain beri sedikit nasihat.

Lebih baik tak ada braces dari pakai tetapi mendatangkan mudarat. Kasihan pada mereka yang masih terjerat dengan doktor gigi palsu yang memasang fake braces secara haram di rumah atau hotel.

Sudah banyak kali terjumpa kes-kes seperti ini dan masyarakat kita masih tiada kesedaran akan bahayanya fake braces seperti ini.

Nasihat doktor, apa jua rawatan, pergilah berjumpa dengan doktor gigi yang halal, bukannya yang haram kerana yang haram itu jelas berbahaya.

Sumber : Klinik Pergigian ArRizqin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...