Doktor Tidak Puas Hati Elaun Kritikal Dipotong, Gaji Tak Sepadan Jam Bekerja

Trending

Doktor Tidak Puas Hati Elaun Kritikal Dipotong, Gaji Tak Sepadan Jam Bekerja

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan akan memansuhkan pemberian “bayaran insentif perkhidmatan kritikal” berjumlah RM 750 kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan.

Difahamkan, mereka yang sudah menerima elaun akan terus mendapat bayaran berkenaan, termasuk pekerja kontrak yang kontraknya telah diperbaharui.

Advertisement

Langkah itu diumumkan pada pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 20 Disember lalu.

Pemansuhan itu bagaimanapun mendapat kritikan dari pekerja-pekerja sektor kesihatan di media sosial, yang menyifatkannya tidak adil kerana tanpa elaun kritikal, bayaran yang diterima dianggap tidak berbaloi dengan jumlah jam kerja yang dihabiskan oleh doktor-doktor pelatih.

Menurut seorang pengguna Twitter, jumlah gaji seorang doktor kerajaan pada tahun 2020 ialah sebanyak RM 3,842.55, berbanding RM 4,451.55 pada tahun 2019.

Menurut mereka yang bekerja dalam sektor kesihatan, bayaran itu terlalu sedikit berbanding dengan bebanan kerja seorang doktor.

Seorang pengguna Twitter mendakwa bayaran tersebut untuk doktor bekerja selama 16 jam sehari, enam hari seminggu.

Namun begitu ada yang mendakwa para doktor terlalu mengikut perasaan kerana mereka sepatutnya menerima saja hakikat elaun tersebut telah dipotong dan gaji mereka tetap tinggi.

Bagaimanapun, ia dibalas oleh mereka yang mengatakan, sukar untuk membendung kemarahan apabila gaji dipotong sehingga 15%.

Walaupun ia hanya terpakai pada doktor pengambilan tahun 2020, semua doktor menentang pemansuhan elaun tersebut kerana mereka faham bahawa gaji tersebut tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.

Malah ada yang mengatakan, doktor patut dibiarkan berjuang untuk mengekalkan elaun tersebut, kerana kesemua rakyat Malaysia sebenarnya tidak dibayar gaji dengan setimpal.

Gaji yang tidak setimpal boleh memberi kesan terhadap para doktor dari segi emosi, dan boleh menyebabkan diagnosis yang salah bagi penyakit orang awam, dan seterusnya membahayakan nyawa mereka.

Atas sebab itu, mereka menentang keputusan kerajaan dan ingin ia dipertimbangkan semula. – amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...