Doktor Tidak Berminat Dengar Masalah Dihadapi, Wanita Terkejut Gunting Dalam Perut

Dunia

Doktor Tidak Berminat Dengar Masalah Dihadapi, Wanita Terkejut Gunting Dalam Perut

Ibu kepada tujuh cahaya mata mengalami sakit di bahagian perut selepas menjalani pembedahan namun doktor memaklumkan sakit itu adalah normal buat seketika dan akan beransur pulih.

Bagaimanapun, tanda tanya Nurcihan Ogmen, 61 dari wilayah Aydin di barat daya Turki akhirnya terjawab apabila pemeriksaan mendapati gunting tertinggal di dalam perutnya.

Advertisement

Perkara itu dimaklumkan doktor yang membedahnya di sebuah hospital Kusadasi pada 5 Mac lalu di mana lebihan perut Nurcihan dibuang doktor ketika pembedahan.

Selepas menjalani pembedahan selama lima jam, dia kemudian dibenarkan pulang pada keesokan harinya.

Selepas dua bulan, Nurcihan bersama suaminya pergi ke Hospital Negeri Soke untuk menjalankan pemeriksaan susulan kerana masih berasa sakit. Lebih mengerikan, laporan imbasan sinar-X mendapati terdapat gunting pada bahagian kiri abdomennya.

Susulan itu, dia kemudian bertemu semula doktor yang melakukan pembedahan awal terhadapnya bagi mengeluarkan gunting itu.

“Perut saya begitu sakit selepas pembedahan namun doktor tidak mempercayai apa yang saya katakan”.

“Doktor hanya meminta saya bersabar dan tidak berminat untuk mendengar masalah yang saya hadapi”.

Gunting yang tertinggal di dalam abdomennya berjaya dikeluarkan dalam pembedahan selama dua jam.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...