Ramai kaum wanita di negara ini dibesarkan dengan ‘culture’ bahawa kita perlu mencuci tuala wanita yang telah digunakan sebelum dibuang.
Kewujudan media sosial sedikit sebanyak membantu menyangkal mitos terbabit yang menjadi amalan ramai terutamanya umat Islam yang percaya kekotoran pada tuala wanita boleh mengundang jin.
Seorang doktor wanita tampil menjelaskan tentang hal tersebut dan mengapa sebenarnya tuala wanita yang penuh darah haid tidak perlu dibasuh.
Menerusi X, Dr Aen berkata wanita hanya perlu membuang tuala wanita yang kotor ke dalam sanitary bin dan cukup sekadar membalutinya dengan kertas.
The thing is bila you basuh dekat public toilet, percikan darah yang halus, mikro percikan tu adalah sangat kotor.
Tambahnya, darah dari dalam badan manusia yang telah keluar dikira sebagai najis dan jika di hospital juga mereka tidak akan membasuh pakaian pesakit yang ada kesan-kesan darah sekali dengan baju yang tiada darah.
Kita takkan basuh. Sebab kita takut darah itu akan jadi ruang berlakunya jangkitan kuman kepada orang lain. Sebab kita tidak tahu jika orang itu ada Herpes, atau Hepatitis B ke, tiada yang tahu.
Sebenarnya… tak perlu pun basuh pad. You ladies still basuh ke? pic.twitter.com/NrTUYbwfCq
— Dr Aen | Let’s Bebel (@draenbebel) May 13, 2025
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.