Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Doktor Tegur Artis Promosi Ubat Peninggi, Minta Siasat Kandungan Dan Kesan Kepada Pengguna

Isu selebriti mempromosikan produk untuk menambah ketinggian bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah beberapa orang doktor terkenal iaitu Dr Beni Rusani, Dr Amalina Che Bakri dan Dr Saz One.

Advertisement

Mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang cukup luas dalam bidang perubatan, ketiga-tiga doktor tersebut menyatakan tiada sebarang suplemen yang mampu meningkatkan ketinggian fizikal manusia.

Dari sudut  sains serta fakta tumbesaran,  ketinggian seorang lelaki akan terhenti sekitar usia 21 tahun dan wanita pula pada usia 18 tahun.

Dr Amalina pula menegur selebriti Malaysia sepatutnya lebih bertanggungjawab untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan serta menyiasat dahulu kandungan dan kesan sesuatu produk kepada pengguna sebelum mempromosikan ia di media sosial.

Ini kerana, pengaruh selebriti yang agak kuat membuatkan masyarakat mudah percaya dengan keberkesanan sesuatu produk.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

74 Comments

  1. Anonymous

    April 26, 2018 at 9:59 am

    ye ke el dah cuba…Nampak kemetot je….eh x baik tau body shamming hahaha…

  2. dalita

    April 26, 2018 at 9:29 am

    kemetot

  3. Tk

    April 26, 2018 at 9:17 am

    Memang betul sekarang ni macam2 orang jual supplement secara direct selling.bdr pun ada yang rekomen supplement Kalau nak selamat always get second opinion. Third opinion pun tak per for our health sake!

  4. MerakSekampung

    April 26, 2018 at 8:43 am

    kalau DR sendiri yg promote supplement mcm mana pulak ye? mcm dr harlina promote kawai collagen dulu. tak tahu klau sekarang dia masih promote atau tak..

  5. Tk

    April 26, 2018 at 8:08 am

    Kita kna bijak berfikir. Aku ambik ubat klu ada doktor’s prestiption saja Supplement pun aku cek dg doktor dulu nak tahu apa kandungan nya. Kita jangan jadi mangsa iklan atau doktor tak bertauliah. Deme kaya raya. Klu ada side effects kita yang tanggung.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama