Isu selebriti mempromosikan produk untuk menambah ketinggian bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah beberapa orang doktor terkenal iaitu Dr Beni Rusani, Dr Amalina Che Bakri dan Dr Saz One.
Mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang cukup luas dalam bidang perubatan, ketiga-tiga doktor tersebut menyatakan tiada sebarang suplemen yang mampu meningkatkan ketinggian fizikal manusia.
Dari sudut sains serta fakta tumbesaran, ketinggian seorang lelaki akan terhenti sekitar usia 21 tahun dan wanita pula pada usia 18 tahun.
Dr Amalina pula menegur selebriti Malaysia sepatutnya lebih bertanggungjawab untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan serta menyiasat dahulu kandungan dan kesan sesuatu produk kepada pengguna sebelum mempromosikan ia di media sosial.
Ini kerana, pengaruh selebriti yang agak kuat membuatkan masyarakat mudah percaya dengan keberkesanan sesuatu produk.