Doktor Taiwan Dikecam Selepas Mendakwa Malaysia Gagal Mengawal COVID-19 Walaupun Ketika Cuaca Panas

COVID-19

Doktor Taiwan Dikecam Selepas Mendakwa Malaysia Gagal Mengawal COVID-19 Walaupun Ketika Cuaca Panas

Dalam sebuah rancangan televisyen di Taiwan, seorang doktor telah mengeluarkan kenyataan yang mengecam langkah yang diambil Malaysia dalam mengawal pandemik COVID-19. Kenyataan tersebut dikira sebagai tidak tepat apabila beliau mengaitkan cuaca panas dan kawalan penyebaran COVID-19.

5 April lalu, siaran yang turut dikongsikan menerusi laman Facebook TVBS menyaksikan Dr Lee Bing Ying berkata pengawalan penyebaran virus ini lebih mudah dilaksanakan di negara yang bercuaca panas. Oleh itu, doktor tersebut mengatakan negara Malaysia gagal mengekang pandemik COVID-19 ini meskipun mempunyai cuaca panas sepanjang tahun.

Advertisement
Dr Lee Ying Bing

Dr Lee Ying Bing

Dr Lee juga merupakan pengerusi Persatuan Penyakit Berjangkit Pediatrik Taiwan telah mempersoalkan langkah dan tindakan yang diambil negara Malaysia untuk menghalang virus ini terus merebak.

Pendapat yang diberikan oleh Dr Lee berdasarkan artikel yang telah dibacanya dan berkata hampir tiga atau empat negara tropika mempunyai kes jangkitan influenza yang rendah. Perkara ini berbeza jika mahu dibandingkan di Taiwan yang mempunyai musim sejuk.

Cuaca panas tidak membantu

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menafikan dakwaan bahawa suhu tinggi boleh menghentikan penyebaran virus COVID-19. WHO telah memberikan fakta bahawa suhu yang melebihi 25 darjah Celcius tidak akan menghalang jangkitan virus COVID-19 menerusi laman Facebook rasmi.

sedutan FB LIve

Kemudian, Dr Lee menambah ucapannya dengan mendakwa rakyat Malaysia yang tidak memakai topeng muka ini sebagai “orang Amerika-Eropah”. Mungkin kenyataan ini barangkali disokong dengan fakta negara Malaysia sebelum ini pernah dijajah empayar British.

Pemakaian topeng muka adalah sangat penting dan paling berkesan ketika situasi seperti ini. Kritikan ini diberikan kerana beliau melihat masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menggunakan topeng muka. Menurut beliau, usaha kerajaan Malaysia akan menjadi sia-sia jika rakyatnya tetap tidak mahu menggunakan topeng muka.

sedutan FB Live

Mengulas mengenai keputusan Putrajaya yang mahu melancarkan perintah berkurung (lockdown), Dr Lee menjawab Malaysia akan mengalami tahap kematian yang tinggi akibat kebuluran. Panel jemputan yang lain juga membandingkan negara Malaysia dengan beberapa negara miskin. Antaranya, India, Benua Afrika dan wilayah Timur Tengah.

Tindakan kuarantin di rumah (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bukan mengurangkan kematian kes COVID-19 malah menurutnya akan meningkatkan jumlah kematian akibat kelaparan.

panel jemputan

Perbandingan antara negara Malaysia dan negara-negara yang mempunyai penduduk padat dan hidup dalam kemiskinan menyebabkan Dr Lee mengeluarkan andaian warganegara yang sedang menganggur akan mati kerana kelaparan.

Dr Lee telah menggesa kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan kembali pelaksanaan kuarantin ke atas rakyat. Dijangka COVID-19 ini tidak akan berakhir secara pantas.

Perbincangan Dr Lee menerusi rancangan tersebut telah mencetuskan kemarahan ramai orang di media sosial. Rakyat Malaysia juga meragui tahap profesionalisme yang disandang Dr Lee.

Laman Facebook TVBS telah diserang dengan kritikan netizen. Rata-rata mempersoalkan ahli pakar yang dijemput ketika program tersebut. Tambahan pula, hampir kesemua fakta yang dikeluarkan berkenaan negara Malaysia adalah palsu dan tidak benar.

Ada netizen yang membidas kata-kata Dr Lee dengan perlian.

Rakyat Malaysia tidak memakai topeng muka, jadi mengapa topeng muka semuanya habis dijual di negara ini?

Anda tidak faham apa-apa tetapi masih bercakap perkara yang tidak masuk akal.

Hampir kesemua komen yang diterima mengkritik kenyataan yang telah dikeluarkan semasa rancangan tersebut. Persoalan lain yang ditimbulkan oleh netizen ialah bagaimana rancangan dari Taiwan ini boleh melaporkan maklumat palsu tentang pandemik COVID-19. Perkara ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan salah disisi undang-undang.

Di Amerika Syarikat yang mempunyai kes jangkitan melebihi 100,000 tidak pula dibahaskan. Sedangkan negara Malaysia yang menjalankan perintah berkurung bukan secara sepenuhnya tidaklah mempunyai bilangan pesakit yang terlalu mendadak.

Tuduhan tidak masuk akal

stesen televisyen Taiwan

Merujuk kepada komen yang dikeluarkan oleh Li Zheng Hao, ahli politik Taiwan, dia juga telah menyatakan tuduhan yang tidak berasas. Sebelum ini terdapat satu berita palsu berkenaan negara Malaysia didakwa telah mengebumikan mangsa COVID-19 di tepi jalan.

Terdapat juga video yang tular berkenaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilihat pemakai pakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) dan sedang menangkap suspek yang memakai topeng oksigen. Ini adalah sebahagian daripada latihan PDRM untuk menghadapi sebarang kecemasan sekiranya pesakit berkeras tidak mahu pergi ke hospital dan mendapatkan rawatan.

“Selain itu, petugas perubatan dituduh tidak profesional kerana memakai beg sampah ketika merawat pesakit.”

Dan yang paling tidak masuk akal apabila Li menuduh sudah ramai rakyat Malaysia yang terkorban akibat COVID-19 dan dikebumikan di tepi jalan atas alasan kerajaan tidak mempunyai masa untuk mengebumikan secara sempurna.

Setelah menyedari kesilapan yang dilakukan, Li membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi ruangan Facebook kepada seluruh rakyat Malaysia. Li beralasan bahawa media di luas sana telah memanipulasi berita yang sebenarnya dan mengakui kesilapan dirinya yang tidak memeriksa kebenaran info tersebut.

Sehingga ke hari ini, netizen masih memberikan komen di ruangan Facebook TVBS meminta pihak bertanggungjawab untuk membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan memberikan maklumat yang tidak benar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...