Pernah berazam mahu berubah dan tidak mahu lagi terlibat dalam kontroversi, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan sensasi apabila sebuah video menunjukkan seorang wanita berambut pendek mirip sekali dengan wajahnya tersebar.
Tentu sekali ia mendapat kritikan ramai dan ada juga yang tertanya-tanya apa agaknya masalah yang beliau hadapi sehingga kehidupannya dilihat tidak terurus.
Menerusi portal Kosmo Online, Fathia ada membuat pendedahan tentang penyakit yang dihidapinya. Mempunyai gejala Bipolar, doktor menyarankannya untuk merujuk dengan pakar psikiatri dan melakukan pemeriksaan berkaitan tahap kesihatan mentalnya.
Saya pernah dinasihatkan dan diarahkan doktor untuk mendapatkan rawatan berkenaan dengan gejala gangguan bipolar yang mungkin dialami. Saya tidak memerlukan itu semua dan memutuskan secara muktamad untuk tidak akan melakukannya. Lagipun saya tahu tahap kesihatan diri sendiri selain masih mampu menguruskan diri sendiri tanpa memerlukan sebarang rawatan.
Justeru, sebelum ini, doktor ada sarankan saya untuk melakukan rawatan lanjut dan merujuk dengan pakar psikiatri, namun saya menolak untuk tidak berbuat demikian kerana tahu tahap kesihatan serta mentaliti diri sendiri.
Sedang cuba untuk memperbaiki dirinya, Fathia sekali lagi memohon maaf. Kesihatan mental ini memang penting dan kami harap Fathia satu hari nanti akan terbuka hati untuk mendapatkan rawatan. Setiap masalah yang ada jangan dibiarkan terlalu lama.