Usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan alasan di sebalik keputusannya memilih hospital kerajaan untuk menjalani pembedahan pada bahagian buah pinggangnya baru-baru ini.
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Aliff berkata kos rawatan pembedahan itu mencecah sehingga RM80,000.
Biasanya kos pembedahan yang saya jalani itu antara RM50,000 ke RM80,000.
Orang rasa hospital kerajaan nampak murah. Tapi kalau pergi kerajaan, doktor dia anak murid pada doktor di hospital kerajaan.
Baik pilih hospital kerajaan. Saya nak orang yang bedah saya seorang yang lebih kepada pakar.
Pilih Semi-Private Demi Kepakaran
Tambah Aliff lagi, hospital yang dipilihnya sebenarnya berstatus semi-private, dan menurutnya lebih baik berbanding swasta sepenuhnya.
Sebenarnya hospital yang saya pilih ini adalah ketua pakar. Dia profesor yang mengajar doktor-doktor di hospital swasta.
Kedua, hospital itu adalah semi-private. Dan terakhir, doktor di hospital saya itu mereka buat kerja bukan untuk duit.
Sudah 3 Tahun Alami Masalah Pinggang
Terdahulu, Aliff disahkan selamat menjalani pembedahan selepas mengalami kesakitan berpunca daripada kecederaan pada sebahagian pinggangnya sejak tiga tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.