Doktor Rawat Pesakit Virus Wuhan Telah Meninggal Dunia Akibat Virus Itu, Jumlah Kematian Meningkat 41

Trending

Doktor Rawat Pesakit Virus Wuhan Telah Meninggal Dunia Akibat Virus Itu, Jumlah Kematian Meningkat 41

Seorang doktor di hospital di wilayah Huabei, China, pusat peyebaran koronavirus, telah meninggal dunia disebabkan virus itu, lapor China Global Telvisyen Network melalui satu ciapan terbaru.

Liang Wudong, seorang doktor di Hospital Hubei Xinhua berada di barisan hadapan dalam merawat penyebaran koronavirus di Bandar Wuhan, terkorban akibat virus itu pada usia 62 tahun, lapor Reuters.

Advertisement

Gambar: Liang Wudong, 62, disyaki dijangkiti virus itu pada 16 Januari.

Liang disyaki terjangkit virus itu minggu lepas, dan kemudian dimasukkan ke Hospital  Jinyintan di Wuhan. Dia meninggal dunia selepas menjalani rawatan selama sembilan hari.

SMCP melaporkan, lebih dari 20 hospital di Wuhan sudah memuat naik kenyataan meminta bantuan dari pelbagai sektor memandangkan kekurangan topeng, sarung tangan lateks, gogal pelindung dan gaun pembedahan.

Pada Jumaat, Bank Pembangunan China meluluskan 2 bilion yuan (RM 1.1 bilion) pinjaman kecemasan kepada Wuhan untuk pencegahan dan rawatan virus.

Sebelum itu, Kementerian Kewangan China telah meluluskan peruntukan 1 billion yuan ( RM 580 juta) untuk digunakan oleh pihak berkuasa Hubei bagi mengekang penyebaran virus itu pada Khamis.

Jumlah kematian akibat jangkitan virus Wuhan kini mencecah 41 orang dengan lebih 1,300 kes telah disahkan. – amazingnara.com

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...