Doktor Rawat Pesakit COVID-19 Di New York Bunuh Diri Kerana Terlalu Penat

COVID-19

Doktor Rawat Pesakit COVID-19 Di New York Bunuh Diri Kerana Terlalu Penat

Seorang doktor bahagian kecemasan di New York yang bekerja di barisan hadapan menyelamatkan mangsa COVID-19 telah membunuh diri pada Ahad lalu di rumah keluarganya. Keluarga kepada Dr Lorna Breen mengesahkan sendiri perkara ini di mana ayahnya, Dr Philip Breen memberitahu bahawa anaknya terlalu penat bekerja.

Doktor tersebut bekerja di New York-Presbyterian Allen Hospital yang merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan wabak tersebut. Amerika Syarikat mencatatkan 56,000 kematian pada Selasa lalu dengan 17,500 daripadanya adalah kes yang berlaku di New York.

Advertisement

Ayahnya memberitahu bahawa anaknya pernah menceritakan betapa sukarnya pengalaman itu untuknya dan doktor lain di barisan perubatan, terutama sekali menyedari betapa sukarnya untuk mereka menyelamatkan pesakit COVID-19. Tambahan pula, anaknya itu merupakan pengarah perubatan di bahagian kecemasan yang menerima pelbagai kes baru setiap hari.

Sebelum ini, Dr Lorna Breen pernah dijangkiti wabak ini dan terpaksa dikuarantinkan selama seminggu lebih di rumah.

Dr Lorna Breen

Selepas disahkan negatif, doktor tersebut kembali semula bertugas namun pihak hospital memintanya untuk kembali berehat di rumah. Sejarah kesihatan mentalnya juga tidak dapat dipastikan tetapi keluarganya memberitahu dia tidak pernah menghadapi apa-apa masalah kesihatan mental sebelum ini.

Ayahnya memberitahu kali terakhir dia bercakap dengan anaknya itu, dia kelihatan seperti tidak bermaya dan dapat merasakan sesuatu yang tidak kena pada anaknya. Anaknya juga sempat menceritakan keadaan pesakit yang meninggal dunia sebelum sempat dibawa keluar daripada ambulans.

“Dia mungkin tidak dapat lari dari perasaan bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan pesakit yang dijangkiti wabak ini.”

doktor covid-19

Selepas kematian Dr. Breen, keluarganya menubuhkan dana untuk menghormatinya melalui Charlottesville Area Community Foundation, sebuah organisasi non-profit untuk memberikan sokongan kesihatan mental kepada penyedia perkhidmatan kesihatan.

Kematian Dr. Breen juga telah membuka mata ramai pihak mengenai kesihatan mental para petugas perubatan terutamanya yang di barisan hadapan. Bukan saja mereka berisiko terdedah dengan jangkitan wabak ini malah tahap kesihatan mental juga boleh terjejas teruk semasa bekerja.

Artikel berkaitan: Menteri Kewangan Jerman Bunuh Diri Kerana Terlalu Bimbang Impak COVID-19 Pada Ekonomi 

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...