“Doktor Pun Cakap Saya Hanya Kurus” – Anak Azhar Sulaiman Nafi Ada Masalah Kesihatan

Hiburan

“Doktor Pun Cakap Saya Hanya Kurus” – Anak Azhar Sulaiman Nafi Ada Masalah Kesihatan

Sebelum ini, anak kepada pelakon veteran Azhar Sulaiman iaitu Kasih Leia Ixora berdepan detik cemas apabila jatuh pengsan di tempat parkir kereta Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang apabila melihat penampilan fizikal Kasih yang agak kurus dan menggesanya untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Advertisement

Menurut anak sulung berusia 23 tahun itu, bapanya sudah membawa dia untuk melakukan pemeriksaan di PPUM namun mendapati dirinya sihat tanpa ada sebarang masalah kesihatan.

Saya dah pun dapat keputusan kesihatan. Doktor bagitahu kelenjar limfa saya agak besar.

Bukan itu sahaja, Kasih turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia mempunyai pelbagai masalah kesihatan seperti anoreksia dan hypertension.

Selain daripada itu, saya tak ada masalah. Doktor pun cakap saya hanya kurus dan dia sempat tanya sama ada saya makan atau tak.

Semua orang tanya ada anoreksia, leukimia, hypertension, hipertiroid, blood pressure ke? Guys, jawapannya adalah tidak.

Malah, kakak kepada pempengaruh, Kasih Iris Leona itu menjelaskan bahawa fizikalnya yang kurus mungkin hanya disebabkan oleh faktor genetik.

Satu-satunya jawapan yang saya boleh bagi ialah genetik. Jadi, kalau masih ada soalan macam ni, sila tanya ayah saya.

Dalam pada itu, Kasih mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan mengambil berat tentang dirinya.

Kasih leia hypertiroid
2 years ago

(VIDEO) "Nasib Orang Kenal Saya.." - Hidap Hipertiroid, Azhar Sulaiman Kongsi Detik Kasih Leia Pengsan Di PPUM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...