Seorang doktor di Perancis telah membuat permohonan maaf pada minggu lalu selepas cadangan bersifat perkauman itu menerima kecaman ramai di media sosial. Jean-Paul Mira yang merupakan ketua unit rawatan intensif di hospital Cochin Paris membuat kenyataan itu di dalam satu temu bual televisyen.
Di dalam temu bual bersama saluran televisyen LCI, beliau bersama Pengarah penyelidikan, Camille Locht membincangkan tentang vaksin jenis BCG tuberkulosis yang sedang giat dijalankan oleh beberapa negara Eropah. Semasa temu bual itu, mereka telah mencadangkan vaksin itu diuji pada penduduk Afrika.
Doktor itu kemudian memberitahu wajar untuk mereka menjalankan kajian ini di Afrika, di mana mereka (penduduk Afrika) tiada topeng muka, rawatan atau rawatan intensif. Malah, ianya juga disamakan dengan kajian AIDS atau ke atas GRO yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Kami boleh cuba kerana kami tahu mereka amat terdedah dan juga tidak melindungi diri sendiri.”
Cadangan itu kemudian turut dipersetujui oleh Camille Locht, yang berkata mereka juga sedang memikirkan ingin menjalankan kajian yang selaras di Afrika, bukan untuk elak menjalankan kajian yang sama di Eropah dan Australia. Temu bual di saluran nasional Perancis yang ditayangkan itu kemudiannya membangkitkan kemarahan orang ramai.
“Penduduk Afrika bukan tikus makmal.”
It is totally inconceivable we keep on cautioning this.
Africa isn’t a testing lab.
I would like to vividly denounce those demeaning, false and most of all deeply racists words.Helps us save Africa with the current ongoing Covid 19 and flatten the curve. pic.twitter.com/41GIpXaIYv
— Didier Drogba (@didierdrogba) April 2, 2020
Pemain bola sepak, Didier Drogba menerusi kenyataan di akaun Twitter miliknya turut mengutuk sekeras-kerasnya cadangan tersebut. Cadangan yang berunsurkan perkauman itu tidak wajar dilakukan dalam situasi seluruh dunia kini terjejas akibat penularan wabak COVID-19 ini.
Selepas pelbagai kecaman diterima, pihak hospital di mana doktor tersebut bekerja telah membuat satu permohonan maaf kepada orang ramai. Malah doktor tersebut sendiri memohon maaf kepada mereka yang kecewa dan rasa terhina dengan komen yang telah dia keluarkan tanpa memikirkannya dahulu.