Doktor Pelatih Terlena Ketika Bertugas Didakwa Punca Pesakit Terbiar Tidak Dirawat Hingga Meninggal Dunia

Trending

Doktor Pelatih Terlena Ketika Bertugas Didakwa Punca Pesakit Terbiar Tidak Dirawat Hingga Meninggal Dunia

Seorang individu meninggal dunia selepas tidak mendapat rawatan secepat mungkin gara-gara seorang doktor pelatih yang tertidur sewaktu bertugas.

Kecuaian doktor pelatih berkenaan telah menyebabkan nyawa pesakit tersebut yang dilaporkan kritikal akibat dilanggar lari dalam satu kemalangan, terkorban.

Advertisement

Menurut laporan, mangsa bernama Sunil itu dilanggar ketika sedang melintas jalan raya dan telah digegaskan ke Jabatan Kecemasan hospital kerajaan namun mendakwa tidak menerima rawatan yang sepatutnya.

doktor terlena pesakit maut

Insiden malang itu berlaku di sebuah hospital kerajaan di Meerut, Uttar Pradesh, India pada Isnin lalu sekitar jam 1 pagi waktu tempatan.

 

Doktor kena pecat

Turut tular, satu rakaman berdurasi 33 saat yang memaparkan doktor tersebut sedang lena dan tidak sedar meskipun sudah cuba dikejutkan oleh seorang pelawat.

Selepas kejadian itu tular, identiti doktor berkenaan telah dikenal pasti sebagai Dr Aniket dan akibat kecuian berkenaan dia telah dipecat serta merta.

Menurut Pengarah Kolej Perubatan Memorial Lala Lajpat Rai, Dr RC Gupta, pihak hospital turut memecat Dr Bhupesh Kumar Rai dari Jabatan Ortopedik.

Kedua-dua staf telah pun dipecat dan tiga pegawai penyiasat khas dilantik bagi mengendalikan kes.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Times of India (@timesofindia)

 

Kalau emergency kenapa sempat rakam?

Kejadian berkenaan menjadi bualan masyarakat setempat di mana rata-ratanya menghentam doktor tersebut dan turut mempersoal tentang rawatan kecemasan di hospital itu.

Malah, ada yang menyifatkan kecuaian doktor berkenaan tiada beza dengan perbuatan jenayah.

Bagaimanapun, sesetengah individu mengkritik tindakan ahli keluarga mangsa yang tidak mengejutkannya dari tidur dengan kadar segera sebaliknya sempat merakamkan insiden itu pula.

Kalau betul ini kes kecemasan, ahli keluarga itu sepatutnya kejut doktor tersebut, bukannya merakam video.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bayi pramatang maut kanak-kanak main seperti anak patung
2025-07-21 11:18:07

Bayi Pramatang Maut Selepas Kanak-Kanak 6 Tahun 'Buat Main' Seperti Anak Patung - "Dia Berkeliaran Di Koridor Seorang Diri"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...