Doktor Pakar Tegur Para Menteri Perlu Amalkan ‘Social Distancing’ Dan Tunjuk Contoh Yang Baik Kepada Rakyat

COVID-19

Doktor Pakar Tegur Para Menteri Perlu Amalkan ‘Social Distancing’ Dan Tunjuk Contoh Yang Baik Kepada Rakyat

Hari ini merupakan hari ketujuh fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia. Baru-baru ini, video temu bual yang dimuatnaik di Astro Awani mendapat perhatian ramai di dalam isu penularan wabak COVID-19 yang semakin hangat diperbincangkan pada waktu ini.

Di dalam temu bual itu, Perunding Pediatrik & Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara iaitu Datuk Dr. Musa Nordin menegur sikap segelintir menteri yang tidak menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat. Pada situasi seperti ini, masih ada lagi perjumpaan beramai-ramai dilakukan yang mana tidak mengambil kira peraturan ‘social distancing’ yang perlu diamalkan.

Advertisement

Menteri kena tunjukkan tauladan yang baik. Bila rakyat tengok, menteri sorang je yang jalan tu, mesti mereka fikir mungkin ‘bodyguard’ dia sorang je. Tak ada orang lain. Ini tidak, bomba sampai 100 orang di situ! Mana ‘social distancing’ nya ni?

Sikap yang ditunjukkan oleh segelintir ahli menteri ini adalah bertentangan daripada apa yang cuba disampaikan kepada rakyat. Menurutnya, mereka seharusnya menunjukkan contoh yang baik dan melaksanakan arahan dikeluarkan kerajaan supaya rakyat akan ikut sama membantu.

Sebelum ini juga, beliau dilihat menyuarakan pendapatnya di media sosial berhubung isu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin yang dilihat memakai PPE (personal protective equipment) ketika di dalam satu lawatan. Ini kerana bekalan PPE semakin berkurangan dan sepatutnya didahulukan kepada frontliners yang lebih memerlukan.


Selain itu, beliau turut menyentuh tentang isu ‘lockdown’ di zon merah seperti di Simpang Renggam yang perlu diperketatkan bagi mengelakkan penularan ke luar kawasan. Malah untuk mereka yang baru tiba dari luar negara pula, beliau menyarankan supaya kumpulan ini dikuarantinkan di tempat yang berasingan dan tidak dibenarkan kuarantin di rumah sendiri.

Sementara itu, keadaan di Indonesia yang semakin kritikal perlu dipandang serius oleh kerajaan dengan menutup segala sempadan di seluruh negara. Menurutnya, Indonesia ibarat ‘time bomb’ yang boleh menyebabkan keadaan menjadi bertambah teruk pada bila-bila masa.

“Indonesia is a time bomb, kita perlu jaga sempadan, jika tidak ia bakal bentuk kluster baru jangkitan.”

Buat masa ini, Indonesia mencatatkan peningkatan harian tertinggi kes COVID-19 semalam di mana 24 doktor maut akibat wabak itu. Indonesia kini mencatatkan 218 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 2,491 kes jangkitan dan 209 kematian iaitu jumlah tertinggi di Asia, tidak termasuk China.

Bagi membendung penularan ini, Indonesia juga telah mengeluarkan arahan untuk membatalkan solat terawih pada bulan Ramadan ini bersama solat sunat Aidilfitri pada bulan Syawal secara berjemaah. Larangan ini dilakukan sebagai persediaan memandangkan umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan pada penghujung April ini.

Artikel berkaitan: Indonesia Batalkan Solat Terawih Berjemaah Dan Solat Sunat Aidilfitri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...