January 15th, 2020

Beberapa hari ini, kisah Puteri Balqis menjadi perhatian ramai. Tiada siapa menyangka bintang yang dahulunya disanjung kini berhadapan dengan episod sukar, hidup susah sehingga terpaksa menjual buku puisinya di jalanan demi kelangsungan hidup.

puteri balqis

Umum mengetahui, Puteri Balqis sebelum ini terlantar sakit serta kerap muntah darah dan dikatakan mempunyai masalah hati menyebabkan dia menyepi dari dunia lakonan. Ada juga yang mengatakan dia menghidap penyakit kanser.

Walau bagaimanapun, menurut Pakar Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Pakar Swasta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Masri Muhamed, dia mengesahkan penyakit yang dihidapi Puteri Balqis bukanlah kanser seperti yang didakwa.

puteri balqis tiada kanser

Meskipun sudah melakukan beberapa ujian termasuk ujian darah, dia sehingga kini masih belum dapat mengenal pasti penyakit sebenar yang menyerang pelakon cilik itu.

Apabila saya jalankan segala ujian klinikal, saya tak dapat berikan satu kesimpulan apa masalahnya. Jadi, saya teruskan dengan pelbagai ujian darah kerana dia kelihatan sangat pucat.

puteri balqis bersamamu

Saya tengok kandungan hemoglobin dalam darahnnya sangat rendah, jadi saya jalankan ujian lain untuk fungsi hati dan buah pinggang. Selepas semua kajian dilakukan, saya mendapati dia tidak menghidap kanser, tetapi masalah berlainan.

Sejak jatuh sakit pada tahun 2018, Puteri Balqis mengalami muntah darah sebanyak empat hingga lima kali dalam masa sehari dan turut mempunyai masalah asma yang kronik.

Sumber Berita : Harian Metro


6 responses to “Doktor Pakar Sahkan Puteri Balqis Tiada Kanser”

  1. Hana says:

    Ramai lagi yang sakit lebih teruk dari Balqis..bezanya dia dikenali dlm industri hiburan dan masuk pulak dalam Bersama Mu. Karangan tu payah nak percaya dia buat..mungkin benar luahan hati dia..tapi mcm di tokok tambah bagi sendu dan sayu pada yang membaca.

  2. HidupBalqis! says:

    Eh boleh ek doc dedahkan tentang pesakit..bukankah tertakluk kepada kerahsiaan. Bukan ke apa2 pendedahan tentang penyakit pesakit perlukan keizinan dari pesakit.
    Seorang staff di office juga sakit (sudah pun menghantar ringkasan laporan perubatan kepada head office) , tetapi apabila office nak menyiasat secara diam2 tidak dilayan oleh hospital..ke aku yg tak faham content kat sini.

  3. deknon says:

    btul ke aqish yg tulis tu..mcm karangan mak die je..hermmm

  4. Wow!! says:

    mungkin mkn x cukup atau mkn x ikut waktu atau mkn benda2 yang x berkhasiat..

  5. Makcik tanya jurr says:

    pernah baca status 2,3 kali jugak dr sorg artis nya..katanya anak beranak ni menipu. ats artis je tahu perangai diaorng. allahualam sb tbaca jur dkt fb artis tu. kot2 ada sape thu leh share. xla kena tipu 1 mlysia haha

Loading...