Doktor Pakar Dikecam Media Selepas Pertikaikan Soalan Pengamal Media Tentang Ikan Singgang Sebagai Penawar COVID-19

COVID-19

Doktor Pakar Dikecam Media Selepas Pertikaikan Soalan Pengamal Media Tentang Ikan Singgang Sebagai Penawar COVID-19

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendakwa hidangan masakan ikan singgang mungkin boleh menjadi penawar kepada COVID-19. Tetapi menurutnya, kajian yang lebih terperinci diperlukan untuk memastikan kesahihan berita tersebut.

Baca: Dakwa Ikan Singgang Boleh Lawan COVID-19, Pensyarah UMT Beri Penjelasan Lanjut

Advertisement

Untuk mendapatkan kesahihan berita itu, para pengamal media telah mengajukan persoalan itu kepada Ketua Pengarah Kesihatan semasa sidang media baru-baru ini. Namun, tindakan itu telah dikritik oleh seorang doktor pakar yang lantang menyuarakan pendapatnya di media sosial.

“Bila lah media kita nak matang?”

Dr Rafidah

 

Menurutnya, soalan tersebut tidak sepatutnya ditanyakan kepada Ketua Pengarah Kesihatan di dalam sidang media COVID-19 tersebut. Katanya, pihak wartawan sepatutnya sudah tahu jawapannya jika mampu menggunakan akal fikiran. Tetapi nampaknya, kenyataan itu tidak disenangi oleh pengamal media yang lain.

Media bukan bodoh

Kenyataan daripada doktor itu kemudian disangkal oleh beberapa pengamal media yang lain. Menurut mereka, ianya sudah menjadi tugas wartawan untuk mendapatkan info yang sahih daripada mereka yang lebih pakar.

Lebih-lebih lagi, isu tersebut kini sedang viral dikongsikan di Malaysia. Sudah menjadi tanggungjawab para wartawan untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang betul untuk mengelakkan salah faham pada masyarakat.

twitter 1

 

“Sebagai doktor, bagi nasihat bukan dengan cara condescending.”

twitter 2

 

“Kalau wartawan buat news tanpa reference, mesti Dr. macam ni jugak yang akan marah.”

twitter 3

 

“Kalau kami media sendiri tak tahu kesahihannya, dengan siapa lagi kami perlu rujuk?”

twitter 5

 

“Tak boleh salahkan wartawan, kena dapatkan kepastian dari sumber yang lebih sahih seperti Ketua Pengarah Kesihatan.”

twitter 4

 

Perkara ini juga turut mendapat perhatian daripada Dr Amalina Bakri yang berpendapat tidak ada salahnya untuk wartawan bertanyakan mengenai hal ini pada sidang media tersebut. Malah, ianya digalakkan untuk membetulkan persepsi yang salah.

Sebelum ini, Harian Metro telah membuat laporan mengenai ikan singgang berpotensi untuk merawat penyakit Covid-19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob. Sehinggakan perkara ini telah menjadi bualan masyarakat Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...