Doktor Pakar Dedah Realiti, Nasihat Pelajar Cemerlang SPM Pilih Bidang ‘AI’ & Kewangan – “Bilangan Doktor Di Malaysia Tinggi..”

Kehidupan

Doktor Pakar Dedah Realiti, Nasihat Pelajar Cemerlang SPM Pilih Bidang ‘AI’ & Kewangan – “Bilangan Doktor Di Malaysia Tinggi..”

Seorang doktor dari Pulau Pinang telah memberi nasihat kepada para pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya tidak memilih bidang perubatan sekiranya matlamat mereka adalah untuk meraih pendapatan yang tinggi.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikToknya, pakar bedah iaitu Dr. Abdul Gafoor Mubarak berkata, bidang perubatan bakal menghadapi prospek kerjaya yang terhad pada masa akan datang kerana lambakan graduan.

Advertisement
doktor

gambar hiasan

Kepada mereka yang dapat semua A, jangan ambil perubatan tahun ini. Kenapa? Dalam beberapa tahun lagi, bilangan doktor di Malaysia akan jadi sangat tinggi.

 

Peluang kerja akan jadi lebih sukar, dan peluang untuk pengkhususan juga semakin susah.

 

Kalau tak jadi pakar, selalunya pendapatan pun tak tinggi.

Beliau berkata, bidang perubatan adalah pilihan yang baik ketika zaman dahulu kerana peluangnya luas.

Dr. Abdul Gafoor menyarankan pelajar cemerlang untuk mempertimbangkan bidang seperti Kecerdasan Buatan (AI), analitik, perakaunan, aktuari dan pengurusan kewangan jika mereka mengutamakan pendapatan yang tinggi.

doktor saran jangan ambil medic

Nasihat saya selari dengan keadaan semasa.

 

Buat masa sekarang, dan untuk 10 tahun akan datang, prospek dalam bidang perubatan tidak begitu baik. Mungkin ia akan berubah.

Walau bagaimanapun, beliau tetap menggalakkan mereka yang benar-benar minat untuk terus mengejar impian masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Dua Minggu Mendiamkan Diri, Doktor Popular Di TikTok Akhirnya Tampil Bersuara - "Saya Akan Cuba Perbaiki Diri.."
2 weeks ago

Dua Minggu Mendiamkan Diri, Doktor Popular Di TikTok Akhirnya Tampil Bersuara - "Saya Akan Cuba Perbaiki Diri.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...