Doktor Pakar Dari Indonesia Gesa Kak Yat Mohon Maaf, Malu Dikait Melatih Doula

Trending

Doktor Pakar Dari Indonesia Gesa Kak Yat Mohon Maaf, Malu Dikait Melatih Doula

Minggu lepas hangat diperkatakan mengenai topik doula apatah lagi ia dibincangkan secara langsung oleh stesen TV Al-Hijrah menerusi program bual bicara berjudul Analisis.

doula

Advertisement

Antara ahli panel yang dijemput ialah doula bebas, Hayati Muzaffar. Dalam program tersebut, Hayati atau mesra dipanggil Kak Yat memberitahu dia mendapat latihan menjadi doula daripada seorang doktor pakar di bahagian kecemasan di Indonesia kira-kira tujuh tahun lalu.

Dakwaannya itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengamal perubatan di Indonesia.

Berikutan itu, Presiden Persatuan Toksikologi Indonesia, Dr Tri Maharani menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Kak Yat itu.

doula

Menurutnya, dia sangat terkejut apabila ada pakar kecemasan dikaitkan dengan amalan itu kerana kerajaan Indonesia sendiri tidak mengiktraf peranan doula di negara tersebut.

Jelas Dr Tri yang berkhidmat sebagai pakar kecemasan selama lapan tahun, mereka tidak sesekali akan meminta doula untuk membantu proses menyambut kelahiran bayi.

“Ya pasti tidak ada. Ini kerana program KIA sangat ketat. Kalau ada kematian ibu melahirkan maka doktor dan bidan akan dihadapkan ke jawatankuasa perubatan.

“Malah doktor dan bidan juga boleh dipenjarakan kalau bersalah. Jadi kami sangat takut. Angka kematian ibu hamil dan melahirkan tinggi, jadi strategi ini dilaksanakan sejak 30 tahun lalu,” katanya.

Susulan itu, Dr Tri menggesa Hayati supaya membuat permohonan maaf kepada pakar perubatan kecemasan di Indonesia.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...