Doktor Meninggal Dunia Selepas Pesakit Tidak Jujur Dan Sorok Status COVID-19

COVID-19

Doktor Meninggal Dunia Selepas Pesakit Tidak Jujur Dan Sorok Status COVID-19

Nasib malang menimpa petugas barisan hadapan di Indonesia apabila salah seorang doktor mereka disahkan meninggal dunia selepas dijangkiti wabak COVID-19. Dr Berkatnu Indrawan yang bertugas di Rumah Sakit Umum Daerah Dr Soewandhie di Surabaya disahkan meninggal dunia selepas merawat seorang pesakit yang merahsiakan status positif virus berkenaan.

Doktor tersebut telah merawat seorang pesakit dari Pemalang yang dijangkiti virus berkenaan tanpa dia sedar. Tetapi selepas beberapa hari merawat pesakit tersebut, doktor terbabit memaklumkan dia mengalami asma teruk. Dia kemudian menerima rawatan dan menjalani ujian saringan COVID-19.

Advertisement

“Doktor itu petugas barisan hadapan tetapi pesakitnya tidak bersikap jujur ketika menerima rawatan. Kemudian, doktor berkenaan dijangkiti tanpa disedarinya.”

doktor covid-19

Selepas menjalani ujian tersebut, dia disahkan positif dan segera dikuarantinkan. Doktor tersebut menerima rawatan dan dilaporkan kesihatannya semakin beransur pulih tiga minggu selepas itu. Malah, ujian seterusnya yang dijalankan juga menunjukkan keputusan negatif virus tersebut.

Namun kesihatannya semakin merosot apabila jantungnya dilaporkan membengkak sebelum disahkan meninggal dunia. Menurut rakan-rakan doktor yang lain, mangsa sememangnya menghidap asma jadi kemungkinan dia pernah membuka topeng muka ketika merawat pesakit.

“Karena almarhum memiliki riwayat asma, dimungkinkan sering kali ia membuka masker pada saat merawat pasien. Hal inilah yang kemudian membuat almarhum cepat tertular virus corona.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PB Ikatan Dokter Indonesia (@ikatandokterindonesia) on

Para petugas perubatan turut memberikan penghormatan terakhir sewaktu jenazah dibawa keluar daripada perkarangan hospital. Ini bukanlah kali pertama kejadian seperti ini berlaku di Indonesia, sebelum ini perkara yang sama turut berlaku apabila pesakit COVID-19 menyorok status kesihatan mereka sehingga menyebabkan kematian doktor yang lain.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...