Doktor Malaysia Perkenalkan Tudung ‘Pakai Buang’ Yang Pertama Di United Kingdom

Kehidupan

Doktor Malaysia Perkenalkan Tudung ‘Pakai Buang’ Yang Pertama Di United Kingdom

Doktor Farah pernah diminta untuk keluar dari dewan pembedahan (secara sopan) kerana mengenakan tudung yang sama setiap hari. Oleh kerana bimbang jangkitan kuman akan berlaku, dia terpaksa menghormati arahan tersebut.

Bermula daripada situ, Dr. Farah Roslan yang berkhidmat di Royal Derby Hospital, United Kingdom mencari jalan penyelesaian kepada masalah itu. Dia sendiri tidak selesa untuk membuka tudungnya ketika memasuki dewan pembedahan.

Advertisement

Dalam masa yang sama, dia juga perlu mengambil kira soal kebersihan semasa berada di dalam dewan pembedahan. Akhirnya, dia mencipta sendiri tudung steril ‘pakai buang’ yang pertama di United Kingdom.

Saya guna tudung yang sama seharian, sudah tentunya tidak bersih dan sesuai untuk sesi pembedahan. Saya tidak selesa membukanya dan pernah dikeluarkan dari dewan bedah untuk kawalan jangkitan.

Mencari idea di Malaysia

Anak jati Malaysia ini kembali ke tanah air dan mencari fabrik yang sesuai untuk digunakan. Dia juga mencuba beberapa rekaan dan fabrik yang bersesuaian untuk dipakai di dalam dewan pembedahan.

Advertisement

Selepas beberapa kali percubaan, akhirnya dia berjaya mendapatkan tudung steril ‘pakai buang’ dengan fabrik yang sesuai. Seterusnya menjadikan rekaannya ini yang pertama di United Kingdom.

Pakar bedah Gill Tierney yang juga merupakan mentor kepada Farah berkata ini adalah yang pertama kalinya berlaku di United Kingdom. Dia juga berkata isu ini selalunya tidak diberikan perhatian dan disenyapkan di seluruh negara sebelum ini.

Saya rasa ramai yang memilih untuk tidak menyentuh isu ini. Walaupun ianya tidak memakan kos yang tinggi, diharapkan dapat memberikan impak yang besar.

Pihak Hospital Universiti Derby dan Burton memaklumkan tudung ini sudah boleh mula digunakan dan didapatkan bermula awal bulan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...