Doktor Kongsi Pengalaman Pesakit Terlalu Taksub Jaga Kesihatan Sehingga ‘Overdose’ Vitamin C

Kehidupan

Doktor Kongsi Pengalaman Pesakit Terlalu Taksub Jaga Kesihatan Sehingga ‘Overdose’ Vitamin C

Isu kesedaran mengenai ubatan, makanan tambahan dan makanan kesihatan sebenarnya masih di tahap yang membimbangkan. Apatah lagi ketika ini negara kita sedang mengalami ujian musibah wabak COVID-19. Ramai yang mudah mempercayai apabila dikatakan mengambil vitamin C dalam jumlah yang banyak mampu menguatkan sistem imunisasi badan dalam melawan jangkitan virus ini. Kepercayaan ini didorong oleh perasaan panik dan fakta yang belum disahkan kebenarannya, menyebabkan pengambilan vitamin C yang berlebihan daripada keperluan badan kita.

Ada yang mendakwa pengambilan vitamin C 1000mg sehari adalah perlu untuk seorang dewasa sedangkan banyak pakar mengatakan jumlah itu sepatutnya harus lebih rendah. Untuk kanak-kanak pengambilan vitamin C adalah antara 50mg hingga 80mg tetapi tidak digalakkan kerana badan kanak-kanak lebih aktif berbanding dewasa. Golongan dewasa pula disarankan untuk mengambil jumlah vitamin C sehari antara 80mg hingga 100mg. Bukan 1000mg yang diperkatakan kerana jumlah tersebut boleh menyebabkan anda overdose.

Advertisement

Mesej-mesej sebenar mengenai vitamin C telah dikaburi dengan mesej yang tular di sosial media yang boleh mempengaruhi masyarakat berkenaan kebaikan dan kesan sampingan pengambilan vitamin C yang tidak teratur. Mereka ini akan terdedah untuk mendapat sakit yang lebih teruk.

vitamin C

Ahmad Lukman Bukhari, seorang doktor telah berkongsi kisah dirinya yang berhadapan dengan seorang kenalan yang dipercayai telah mengalami kesan sampingan akibat pengambilan vitamin C yang berlebihan. Kemudaratan yang paling jelas apabila seseorang mengambil vitamin C dalam jumlah yang tidak sepatutnya ialah cirit-birit yang keterlaluan.

5 missed call tertera dekat skrin.

Kawan lama rupanya. Pelik pulak bila banyak sangat panggilan dibuat. Entah perkara emergency apa agaknya.

“Assalamualaikum ***. Kenapa call tadi? Maaf lah, tak perasan. Tengah ada hal.

Kebetulan banyak pesakit siang tu. Sampai tak sempat nak belek phone betul betul.

“Waalaikummussalam Man. Ni ha, nak tanya sikit perut aku dari semalam tak selesa. Nafas pun sangkut-sangkut. Risau lah takut kena jangkitan Covid tu.”

“Kau ada demam ke? Ada pergi mana-mana gathering baru-baru ni? Atau pun memang ada jumpa siapa siapa yang positif penyakit tu?”

“Tak ada. Demam tak, batuk pun tak.”

Naik hairan jugak aku.

“Habis tu, tak kan lah tiba-tiba je perut kau buat hal.”

Belum sempat habiskan pertanyaan tu, dia menjawab. “Sebenarnya aku dah pergi jumpa doktor pagi tadi. Dia cakap mungkin aku terlebih makan supplemen vitamin C.

Aku terambil sampai 3 tablet sekaligus. Dekat kotak tu tulis 1 tablet sama dengan 1000mg.”

“Aduh! Ya ke. Kau pun dah kenapa tiba-tiba makan supplemen ni?”

“Itulah. Ada kawan yang beritahu aku, nak kuatkan badan musim macam ni kenalah makan supplemen tambahan.”

“Banyaklah kau punya tambahan. Kalau dah sampai overdose macam tu, cari penyakit namanya! Ada pedih ke kat area ulu hati tu?

“Aah sakit weh.”

“Ada muntah tak?”

“Muntah tak ada. Loya adalah. Tu pun dah rasa tak tahan.”

“Cirit birit?”

“Haa, yang tu bini aku merasa. Padahal dia ambil sebiji je. Tapi lebih kurang sama sakit dengan aku. Eh, macam mana kau boleh tahu apa yang kita orang rasa ni?”

“Itu lah tanda-tanda overdose vitamin C woih! Tak pasal-pasal Covid yang dipersalahkan. Haha.”

“Oh ya ka. Tak apalah Man. Lega dah hati aku dapat cakap dengan kau. Tinggal perut je yang belum lega ni. Hihi. Terima kasih weh.”

buah dan sayur

Itu baru seorang antara ramai orang di luar sana yang mendapat pengajaran ‘berharga’ kerana terlalu mempercayai fakta yang kurang jelas mengenai supplement untuk kesihatan tambahan badan kita.

Menurut doktor, vitamin C memang diperlukan untuk menguatkan sistem imun manusia tetapi tidak perlu sehingga menyumbat terlalu banyak dan akhirnya badan sendiri yang menanggung akibatnya.

80mg hingga 100mg vitamin C untuk sehari sudah memadai untuk keperluan diri sendiri.

Pengambilan buah-buahan seperti epal dan oren juga boleh membekalkan vitamin C yang mencukupi. Bukan buah sahaja, banyak lagi makanan yang berkhasiat mampu memberikan zat yang sama berbanding hanya mengambil makanan tambahan vitamin C. Zat selain vitamin C juga boleh diterima sekiranya kita mengambil makanan dengan cara yang betul.

jus oren

Namun, tidak boleh meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pengguna. Sesetengah penjual menggunakan teknik pemasaran yang tidak beretika dengan meletakkan fakta yang berlebihan dari fakta asal untuk melariskan jualan. Yang menanggung akibatnya ialah pengguna.

Sebaiknya, lengkapkan hidangan makanan harian kita dengan diet yang seimbang ketika musim wabak ini agar badan kita berada dalam keadaan yang baik. Sayur dan buah amat penting untuk membekalkan zat secara semulajadi terhadap sistem pertahanan tubuh kita.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...