Doktor Kongsi Kisah Pemuda Pitam Dapat Tahu Dijangkiti HIV

Trending

Doktor Kongsi Kisah Pemuda Pitam Dapat Tahu Dijangkiti HIV

Bagi yang belum tahu, HIV mula melanda dunia secara meluas pada tahun 1980-an dan Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima kes HIV. Kes pertama HIV di Malaysia dilaporkan berlaku pada tahun 1986. Semenjak dari itu, kes HIV meningkat saban tahun dan peningkatan mendadak berlaku pada tahun 1990.

Jumlah kematian HIV/AIDS sejak tahun 1986 hingga 2018 direkodkan sebanyak 43,843 kes. Daripada 75,040 pesakit HIV yang mengetahui status HIV mereka, hanya 41,430 pesakit yang menjalani rawatan Antiretroviral (ART).

Advertisement

4 years ago

Pakar Dakwa Ubat HIV Dan Malaria Mungkin Mampu Sembuhkan COVID-19

Sehingga kini masih tiada rawatan yang boleh menghapuskan virus ini secara keseluruhan, namun HIV boleh dicegah dan dikawal melalu rawatan awal sebelum ia berubah menjadi AIDS. Oleh itu, pengesanan dan rawatan HIV pada peringkat awal adalah amat penting.

Menurut laporan daripada KOSMO, kisah seorang lelaki yang mengalami masalah kemaluan mengeluarkan nanah apabila membuang air kecil tular di platform TikTok baru-baru ini.

Pemuda mengalami masalah kemaluan keluarkan nanah serta darah ketika buang air kecil kerana dijangkiti HIV

Menerusi akaun TikTok bernama @ams_brand, seorang penolong pegawai perubatan dikenali sebagai Mohd. Izham memberitahu, pesakit berkenaan turut mengadu bahawa alat kelaminnya berasa sakit setiap kali membuang air kecil.

Tambah pegawai perubatan itu lagi, beliau berasa tidak sedap hati dan terus membuat pemeriksaan dan ujian darah selepas mengetahui tentang perkara tersebut.

Setelah hampir dua minggu menunggu keputusan ujian darah, didapati pesakit tersebut telah positif HIV akibat melakukan seks bebas dengan ramai wanita.

“Selepas dua minggu, Keputusan darah tersebut ialah HIV positif. bila saya beritahu dia tiba-tiba pesakit jatuh dan pitam.”

Pesakit tersebut bercerita kepada beliau yang dia berasa amat takut dan turut mengakui dia ada melakukan perkara terkutuk bersama pasangan dan individu-individu lain.

Beliau turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak terus melakukan maksiat kerana jikalau Allah S.W.T ingin memberi penyakit bila-bila masa sahaja akan dapat.

“Kifarah is real guys, ingat Allah sentiasa memerhatikan kita”

Perkongsian video tersebut mendapat lebih 1 juta tontonan dengan rata-rata pengguna media sosial menyifatkan peristiwa itu sewajarnya menjadi iktibar agar orang tidak terjebak dalam kegiatan maksiat termasuk aktiviti seks rambang.

Doktor kongsi kisah lelaki kena HIV

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Doktor kongsi kisah lelaki kena HIV

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berterima kasih kepada pegawai perubatan tersebut kerana membuat sebuah perkongsian video yang sangat berguna serta memberi ilmu kepada yang menonton.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...