Doktor Kongsi Jumpa Bayi Muslim Dipakaikan Gelang Hitam Sekurang-Kurangnya Seminggu Sekali

Trending

Doktor Kongsi Jumpa Bayi Muslim Dipakaikan Gelang Hitam Sekurang-Kurangnya Seminggu Sekali

Adakah anda pernah melihat bayi memakai benang berwarna hitam di pergelangan tangan mereka ataupun pada pinggang?

Walaupun  zaman sudah moden, masih terdapat segelintir ibu bapa yang mempercayai bahawa benang hitam ini mampu melindungi bayi mereka daripada gangguan ataupun penyakit.

Tetapi tahukah anda semua memakai benang hitam ini dianggap sebagai khurafat dan syirik kerana mempercayainya mampu melindungi bayi kita.

Advertisement

Menurut seorang doktor di Hospital Kedah, Dr Farah Wahida Mohamad di Facebook mengatakan bahawa dia sering bertemu dengan bayi Muslim yang dipakaikan benang hitam hampir setiap minggu.

Bayi kerap menangis

Pada dahulu kala, bayi dipakaikan benang hitam kerana dipercayai dapat melindungi dan mengelakkan bayi daripada kerap menangis.

Saya seorang doktor. Lately, saya sangat kerap terjumpa bayi Muslim yang diikat dengan tali hitam pada tangan atau perut. Bila ditanya kepada parents, katanya orang tua-tua yang ikatkan.

rawat cacing pada bayi

Rawat cacing

Ada yang just merelakan orang tuanya mengikat tali ni pada si cucu, tanpa tahu sebab pun. Ada jugak yang pakaikan sebab anak kerap menangis. Ada yang pakaikan kat bayi untuk rawat cacing.

Hukumnya haram

Hurm, maaf jika ada parents di sini yang pakaikan tali hitam tersebut pada bayi, hukumnya adalah haram. Mohon tanggalkan segera.
bayi kerap menangis

Jika bayi kerap menangis, bawalah bayi berjumpa doktor. Boleh jadi bayi jenis yang mudah kembung perut/colic. InsyaAllah Dr akan check punca bayi menangis. Ada pernah saya jumpa binatang sekenit dalam telinga bayi. Memang nangis sentiasa lah bayi tu selagi tak dibuang sekenit tu.

Kalau risaukan cacing, bayi yang kurang 6 bulan dan belum mula makan solid food, Insyallah sukar nk dijangkiti cacing, melainkan rumah sangat kotor, bayi yang dah start weaning, risiko untuk dijangkiti cacing hanya jika termakan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna, atau bayi yang mula berjalan dan dibiarkan berjalan atas tanah atau permukaan kotor.

Bagi yang ingin tahu lebih lanjut tentang dalil tali hitam ini, boleh rujuk sumber ini.

Semoga perkongsian doktor ini dapat membuka mata ibu bapa di luar sana agar tidak mempercayainya dan percaya pada tuhan yang esa.

 

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...