Penjagaan kesihatan gigi merupakan salah satu perkara yang amat dititikberatkan sejak kecil lagi kerana jika gigi tidak dijaga dengan betul, ia pasti akan rosak.
Salah satu perkara yang sering ditegaskan adalah pengambilan gula boleh menjadi punca karies pada gigi.
Penjagaan kesihatan gigi merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian sejak kecil lagi. Jika gigi tidak dijaga dengan betul, ia berisiko mengalami kerosakan yang boleh menjejaskan kesihatan keseluruhan.
Gula bukan punca utama?
Selama ini, kita sering mendengar bahawa pengambilan gula adalah punca utama karies gigi. Namun, seorang doktor gigi tampil menjelaskan bahawa kenyataan ini tidak sepenuhnya tepat.
Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, doktor tersebut menerangkan bahawa karies gigi atau gigi berlubang bukan semata-mata disebabkan oleh gula.
Sebaliknya, ia boleh berlaku akibat pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat atau gula, terutama makanan melekit (sticky), yang mudah melekat pada permukaan gigi dan menjadi sumber makanan bagi bakteria.
Apabila bakteria ini memakan sisa makanan tersebut, ia akan menghasilkan asid yang boleh menghakis lapisan gigi sehingga menyebabkan gigi berlubang.
Karies gigi wujud jika wujud empat faktor
Doktor tersebut menjelaskan terdapat empat faktor yang wajib wujud dalam masa sama iaitu gula, permukaan gigi, bakteria dan masa. Jika hanya terdapat dua daripada empat faktor di atas, karies gigi tidak akan berlaku.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi tips agar gigi kekal sihat jika mahu mengambil gula.
- Hadkan pengambilan gula kepada maksimum empat kali sehari sahaja yang membawa maksud empat waktu berbeza iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan makan lewat malam.
- Jika mahu minum air manis atau air bergas, minum sekali teguk.
- Jangan ambil gula dalam tempoh satu jam sebelum tidur.
Dia turut berkata orang ramai boleh menggunakan pemanis lain seperti aspartam bagi menggantikan gula.
Untuk info, had gula bagi seorang dewasa adalah 12 sudu teh sehari, manakala enam sudu teh sehari bagi kanak-kanak.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.