Doktor Jatuh Dari Tingkap Secara Misteri Selepas Buat Aduan Tentang Kekurangan PPE Di Hospital

COVID-19

Doktor Jatuh Dari Tingkap Secara Misteri Selepas Buat Aduan Tentang Kekurangan PPE Di Hospital

Seorang doktor yang bertugas di barisan hadapan ketika berhadapan dengan wabak COVID-19 dilaporkan mengalami ‘kemalangan’ di tempat kerja. Doktor tersebut terjatuh dari tingkap hospital setelah membuat aduan tentang tugasnya dan kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) yang dihadapi pihak hospital.

Kejadian ini dipercayai berlaku di Rusia dan lebih mengejutkan ini merupakan kemalangan ketiga yang melibatkan petugas perubatan terjatuh dari tingkap hospital. Doktor yang bernama Alexander Shulepov mengalami kecederaan parah di kepala dan sedang berjuang untuk melepasi saat-saat kritikal.

Advertisement

Doktor Shulepov terjatuh dari tingkap di tingkat dua hospital di daerah Novoumanskaya, Voronezh pada minggu lepas. Doktor berkenaan antara salah seorang petugas yang merawat pesakit positif COVID-19.

Diminta bekerja walaupun positif COVID-19

Sebelum kemalangan tersebut berlaku, Doktor Shulepov dan seorang rakan doktornya, Alexander Kosyakin telah membuat rakaman menceritakan keadaan yang perlu dihadapi oleh petugas perubatan. Video tersebut mengatakan petugas perubatan tetap perlu bekerja walaupun mereka sendiri disahkan positif COVID-19.

Beberapa hari kemudian, Doktor Kosyakin disoal siasat oleh pihak polis atas dakwaan menyebarkan berita palsu. Video tersebut dimuat naik secara dalam talian dan ditonton oleh orang ramai.

Doktor Shulepov bagaimanapun membuat rakaman kedua ketika dirinya sedang menerima rawatan akibat COVID-19. Rakaman tersebut jelas menunjukkan Doktor Shulepov menarik balik kenyataan yang dikeluarkan dalam video pertama.

Insiden kemalangan yang berlaku ke atas Doktor Shulepov menimbulkan pelbagai spekulasi. Kononnya doktor tersebut telah didesak untuk membuat rakaman menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan.

Doktor Shulepov dikatakan sedang dalam usaha untuk mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku terhadap pesakit COVID-19 di Rusia ketika ini. Keadaan Doktor Shulepov selepas mengalami kemalangan dikhabarkan sedang dalam keadaan kritikal.

Sebelum kemalangan Doktor Shulepov, dua doktor kanan wanita telah meninggal dunia selepas jatuh dari tingkap hospital. Kejadian itu turut berpunca daripada petugas perubatan yang mencabar pegawai atasan berhubung kekurangan PPE.

Doktor ambulans Alexander Shulepov ada di sebelah saya, dia baru disahkan COVID-19. Ketua doktor memaksa kami untuk bekerja, apa yang patut kami lakukan dalam keadaan ini?

Dalam video yang dirakam oleh Doktor Kosyakin, beliau menceritakan bahawa petugas perubatan tidak dibenarkan untuk meninggalkan syif mereka. Mereka semua telah bekerja selama lebih sebulan.

petugas perubatan

Gambar hiasan

Tuduhan yang dilakukan oleh Doktor Shulepov dan rakannya telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh ketua hospital. Bulan lepas, Doktor Natalya Lebedeya yang maut setelah terjatuh dari tingkat enam sebuah hospital di Moscow. Doktor Lebedeya sebelum itu menerima aduan daripada rakan sekerja yang dipersalahkan setelah disahkan positif COVID-19 di tempat bertugas.

Doktor Yelena Nepomnyashchaya yang bertugas di hospital bandar Krasnoyarsk, Siberia turut meninggal dunia setelah dilaporkan terjatuh dari tingkap hospital. Kejadian tersebut turut dikatakan berpunca setelah doktor mengadu tentang kekurangan PPE untuk kegunaan doktor dan jururawat.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...