Doktor Ini Tunjuk 10 Cara Yang Ibu Bapa Perlu Buat Kalau Anak Terkena Demam Sawan

Trending

Doktor Ini Tunjuk 10 Cara Yang Ibu Bapa Perlu Buat Kalau Anak Terkena Demam Sawan

Awal pagi sehari sebelum krismas, jam di dinding menunjukkan pukul 1pagi. Saya baru balik kerja, dah beberapa hari demam dan batuk2.

Anak yang paling bongsu, namanya Muhammad Thohir Al Haddad pulak berjangkit demam dari saya. Sejak magrib tadi berpangku di paha ibunya, dengan kain basah di dahi.

Advertisement

Baru je nak melelapkan mata, saya dikejutkan dengan teriakan suara isteri,

“Abang, anak kita keras bang!”

Saya pun waktu tu menggunakan naluri sebagai seorang bapa untuk sambung tido balik. Sekali lagi wife saya teriak sambul tunjal kepala, “Abang! Thohir keras ni bang!” Suaranya mulai bernada ketakutan.

Baru saya sedar yang anak sudah terkena penyakit demam sawan atau dalam istilah perubatannya “Febrile seizure”.

Perkara paling menakutkan apabila anak yang anda kasihi demam dan terkena sawan.

Namun apabila mereka terkena juga, walaupun sebagai seorang doktor, terkedu juga seketika pada saat2 itu. Kali pertama berdepan situasi begini pada anak sendiri.

Tiba2 teringat latihan ketika menjadi doktor pelatih (HO) dahulu, mentor ada berpesan :

1. Bertenang! Jangan panik. Rekodkan waktu anak anda menghidap sawan dan tempohnya. Kerana maklumat ini amat penting bagi doktor kanak2 yang merawat

2. Demam sawan adalah disebabkan suhu badan yang terlalu tinggi (lebih 38’C) Oleh itu, cepat2 tanggalkan pakaian anak anda untuk mengurangkan suhu badannya. Pastikan anak anda memakai pakaian nipis dan berlengan pendek sahaja. Jika suhu terlalu panas, boleh tinggalkan anak anda dalam keadaan ber”pampers”.

3. Letakkan anak anda di atas kain bersih, dan dalam keadaan baring mengiring di sebelah kiri (Left lateral decubitus). Jangan sesekali meletakkan anak anda baring terlentang kerana ia boleh menyebabkan anak anda tersedak air liur/muntah.

4. Keluarkan sebarang object/makanan yang ada di dalam mulut anak anda untuk mengelakkan tercekik. Jangan sesekali sumbat sudu untuk mengelakkan rongga mulut anak anda cedera.

5. “Mandi jerlum” boleh dilakukan sementara menunggu sawan reda. Istilah ini bukanlah bermaksud dengan cara memandikan anak, tapi cukup dengan mengusap anak anda menggunakan kain basah. Perlu diingat bahawa tiada bukti saintifik yang menunjukkan mandi jerlum dapat membantu meredakan demam sawan. Bahkan,jika anda terlalu cepat menurunkan suhu, anak anda mungkin menjadi biru dan menggigil (Hypothermia)!

6. Ingat setiap keadaan yang berlaku. Contohnya keadaan anak mata, pergerakan kaki dan tangan serta samaada anak anda ada terberak/terkencing sewaktu sawan.

7. Demam sawan akan reda dengan sendirinya selepas 15minit. Namun,janganlah tunggu di rumah sahaja. Selepas 5minit pertama, segeralah ke klinik berdekatan. Jika anak anda baru pertama kali menghidap demam sawan,bawalah anak anda terus ke hospital berdekatan.

8. Demam sawan yang melebihi 15minit adalah tidak normal dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut di hospital bagi mengenalpasti penyakit lain seperti meningitis.

9. Pesakit demam sawan tidak semestinya akan menjadi sawan babi (epilepsy). Namun risiko untuk mendapat demam sawan yang seterusnya adalah tinggi iaitu sekitar 30%. Oleh itu, sentiasalah bersedia dengan membeli Thermometer dan ubat demam seperti Syrup Paracetamol/Syrup Ibuprofen setiap kali anak anda demam. Dua2 sama sahaja, jangan tanya doc yang mana satu lagi kuat ya. Kah kah kah

10. Lagi satu,sebab ramai yang berminat nak tau tentang Cafe au lait spot, atau tanda lahir pada anak ni ada kaitan kah dengan sawan. Tanda lahir ada banyak jenis dan bentuk, secara general doc panggil Neurocutaneous stigmata.

Ya! sekiranya anak anda memiliki tanda lahir, memang ada risiko untuk mendapat sawan.

Dari dulu lagi saya memang dah takut sangat, sebab antara anak2 saya memang Thohir seorang sahaja yang ada tanda lahir Cafe au lait spot ni. Warnanya seperti warna nescafe susu.

Sebab dalam bahasa France memang maksud dia Kopi susu.

Majoriti besar Cafe au lait spot ini adalah tidak berbahaya.

Kaitan tanda lahir cafe au lait spot dan sawan adalah lebih penting untuk mendiagnosa penyakit lain seperti Neurofibromatosis type 1 dan McCune-Albright syndrome. Dalam kedua2 penyakit ini, tanda lahir akan biasanya membesar dan bertambah bilangannya.

Oleh itu, pesan saya, sentiasalah perhatikan bilangan dan saiz tanda lahir anak anda juga selain suhu badannya ya. Namun itu tidak bererti anak yang tidak mempunyai tanda lahir tidak akan terkena demam sawan ya!

Nanti saya ada masa lapang, akan karang artikel lebih detail tentang ini.

P/s : Alhamdulillah, Muhammad Thohir Al Haddad sudah selamat discharge pada 4pm, 25/12/17 dengan diagnosis “Complex Febrile Seizure”.

Kredit : Muhammad Uwais Al Qorni

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...