Doktor Ini Dedahkan Ramai Wanita Alami Kerosakan Rahim Di Usia Muda Dan Puncanya

Trending

Doktor Ini Dedahkan Ramai Wanita Alami Kerosakan Rahim Di Usia Muda Dan Puncanya

Penyakit ketumbuhan dalam rahim, Fibroids dan adenomyosis, pada suatu ketika dulu menimpa wanita2 umur 40an.

Zaman sekarang dalam umur 20an pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut. Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut, sering ia didahului dengan penyakit endometriosis.

Advertisement

Dalam endometriosis, tisyu2 darah haid (endometrium) tumbuh diluar rahim. Adenomyosis tisyu2 tersebut tumbuh dalam otot rahim.

Fibroid, bulat tumbuhan nya, disekelingi capsule. Kurang kerosakkan pada tisyu otot lain

Tanda-tanda lain ialah pendarahan yang banyak atau berpanjangan. Gejala-gejalanya ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.

Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang Hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.

Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain. Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan2 kencing dan buang najis.

Fibroids

Kedua-dua jenis ketumbuhan ini ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak2 perempuan ada risiko. Berwaspada lah.

Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan perdarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk kesan masalah peranakkan dan ambil langkah awal untuk mengawal dan mencegah.

ADENOMYOSIS. berkeping2 tumbuhan dan merosak hampir semua tisyu2 otot rahim.

Adenomyosis telah merosak seluruh rahim.

Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi. Penting sangat makanan2 yang berzat dan berkhasiat. Paksa makan sayur2 dan buahan.

Kawal dan cegah makan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis, merengit atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.

Kesan buruk ialah kegemukkan anak dan kelemahan immunity anak2 menyebabkan mereka ditimpa pelbagai penyakit lain.

MARI KITA AMALKAN TABIAT MAKAN YANG TERBAIK.
MULAKAN DARI ANAK-ANAK KECIL.

Kredit : Dr Hamid Arshat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...