Doktor Ini Dedah Di Sebalik Rawatan Putihkan Kulit Yang Perlu Anda Tahu Jika Nekad Nak Kulit Putih

Trending

Doktor Ini Dedah Di Sebalik Rawatan Putihkan Kulit Yang Perlu Anda Tahu Jika Nekad Nak Kulit Putih

Rata-rata masyarakat melayu kita khususnya wanita semakin ketagih untuk memiliki kulit yang putih gebu persis rakyat korea.

Advertisement

Dek kerana terlalu taksub dengan keinginan tersebut, mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit malah ada juga yang sanggup mengambil risiko dengan menggunakan produk murah yang menjanjikan kesan serta-merta tanpa mengambil kira kesan sampingan pada tubuh.

Ada yang dilahirkan sejak kecil,memang sudah putih melepak.Tetapi golongan ini dicemburui oleh mereka yang obses untuk putih.

Tidak salah untuk kelihatan putih dengan bantuan luar, tetapi pastikan bantuan luar itu dari sumber yang selamat dan diperakui oleh pengamal perubatan.

Malah sebaiknya makan buahan semulajadi atau sumber herba yang ternyata lebih selamat dan tidak memberikan kesan sampingan kepada tubuh badan.

Ekoran trend ‘putih melepak’ ini yang semakin menjadi-jadi, seorang pengamal perubatan Rushdan Noor tampil memberikan pendapat beliau serta mendedahkan kebenaran di sebalik rawatan memutihkan kulit yang semakin tular pada hari ini.

Baca perkongsian beliau di bawah.

KESAN MEMUTIHKAN KULIT DAN KAEDAH YANG TERJAMIN PALING SELAMAT !

Salah satu produk kecantikan yang paling menarik perhatian orang ramai adalah produk memutihkan kulit. Warna kulit ditentukan oleh kandungan pewarna/pigmen kulit yang dinamakan MELANIN.

Melanin adalah pelindung kulit semulajadi. Melanin dihasilkan oleh sel2 khusus yang dinamakan MELANOSIT yang terdapat di bawah kulit.

Apabila anda melihat kulit muka yang putih (dalam gambar ataupun hidup), ada 4 kemungkinan:

1. Semulajadi, org itu memang berkulit putih
2. Make up /solekan
3. Edit foto dalam komputer/hp (gambar)
4. Merawat muka dengan rawatan pemutih kulit. Asas rawatan pemutih kulit adalah rawatan yang dapat MENGURANGKAN MELANIN dalam kulit.

BAGAIMANA MELANIN DIKURANGKAN

Menipiskan kulit dengan menggunakan bahan kimia (dalam bentuk krim ataupun losyen), rawatan laser dan rawatan mekanikal.

Apabila pengelupasan kulit terjadi, lapisan kulit yg baru mengandungi kurang melanosit dan melanin. Di dlm bahasa Inggeris dinamakan “skin peeling”.

Mengambil ubat yang merencatkan sel-sel melanosit dan proses penghasilan melanin (dalam bentuk krim/losyen ataupun makan/ suntikan)

APAKAH AKIBAT YANG DIALAMI JIKA MELANIN DIKURANGKAN

Penggunaan ubat untuk memutihkan kulit ini sepatutnya hanya layak diberikan oleh pakar kulit di atas sebab2 yang dibenarkan oleh perubatan seperti kulit yang tidak sekata akibat penyakit hormon dan juga parut akibat jerawat.

Ubat pemutih boleh menyebabkan kesan sampingan samada setempat ataupun ke seluruh badan.

Banyak ubat2 ini sebenarnya ubat daripada kategori racun berjadual ataupun ubat yang tidak dilesenkan untuk tujuan pemutihan kulit.

Ubat yang disapu boleh meresap masuk ke dalam aliran darah. Di antara ubat2 pemutih adalah raksa (mercury), hidroquinone, glutatione, ascorbic acid, tranexamic acid, kojic acid, azelic acid dll.

Apabila melanin dikurangkan, ia akan membenarkan lebih banyak sinaran ultraunggu daripada matahari untuk merosakkan sel2 kulit. Kerosakan DNA sel-sel kulit boleh menyebabkan kanser kulit.

Kulit yang nipis juga tidak dapat berfungsi sebagai pelindung yang berkesan dan mudah terbakar serta dijangkiti kuman. Kulit mudah menjadi kemerahan dan mengelupas.

Kesan jangkapanjang mengurangkan melanin ini adalah kesan yang dinamakan ochronosis iaitu kesan terbalik yakni kulit menjadi hitam dan kekal.

Satu lagi kesan jangkapanjang adalah “bleach panda effect”, iaitu kulit di sekeliling mata menjadi kehitaman macam mata seekor panda.

Banyak kaedah rawatan mekanikal dan laser menyakitkan dan mahal. Ianya perlu dilakukan secara berkala kerana kesan pemutihan ini tidak berpanjangan.

Kesan pemutihan kulit bukan kesan yang kekal, perlu rawatan berterusan.

Kulit akan kembali kepada warna asal jika rawatan dihentikan kerana warna kulit yakni bilangan sel-sel melanosit dan kandungan pigmen melanin telah ditentukan oleh faktor genetik.

Kesimpulannya, kaedah memutihkan kulit nampaknya lebih banyak membawa kemudaratan daripada memberi manfaat melainkan jika ianya dibawah pengawasan pakar kulit.

Warna kulit yang dijadikan oleh Tuhan itu sudah sempurna dengan orang tersebut.

Apa yang lebih penting adalah menjaga kulit daripada terbakar (sunburn), tercedera dan rosak akibat bahan kimia, kekotoran, jerawat dan juga jangkitan.

KAEDAH YANG TERJAMIN PALING SELAMAT UNTUK KULIT KELIHATAN PUTIH ADALAH DENGAN CARA MENGEDIT FOTO. PERCUMA DAN KEKAL SAMPAI BILA2.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...