Cara Betul Menangani Stress Yang Jadi Pencetus Utama Kepada Pelbagai Penyakit

Trending

Cara Betul Menangani Stress Yang Jadi Pencetus Utama Kepada Pelbagai Penyakit

Hari demi hari bilangan pesakit di hospital semakin bertambah. Selain dari gaya pemakanan yang tidak sihat yang menyumbang kepada tercetusnya pelbagai jenis penyakit, ada satu lagi punca ‘penting’ yang menyumbang kepada penyakit berat pada hari ini.

Advertisement

Terkini,Doktor Hamid Arshat mendedahkan punca sebenar dan pencetus utama kepada pelbagai jenis penyakit yang melanda masyarakat hari ini.

Jom baca perkongsian dari Dr Hamid Arshat..

Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizika) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit2 yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar (stroke).

Saya ingin berkongsi cara2 saya tangani stress.

1. TAWAKKAL.

Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya tawakkal kpd Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.

2. REDHA.

Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.

3. SABAR.

Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.

4. TAHAN MARAH.

Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu2 lain mencetuskan provokasi, saperti menghempit, bunyikan horn dan lain2, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah.

Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya dirumah dikalangan Keluarga dan ditempat kerja.

Tahan marah, tinggalkan Dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.

5. MEMAAF.

Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, samaada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengukit2.

6. TIDAK DENDAM.

Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.

7. Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang.

Panadol bertindak membuka saluran2 darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ2 lain akibat stress.

Ramai takut nak makan panadol atau lain2 pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.

8. Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur2, herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.

9. Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.

10. DEEP BREATHING.

Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan2. Ulang2 untuk 5 minit. Saya lakukan bila2 masa dan dimana2 tempat bila rasa stress dan tidak selesai.

11. SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA2

Amalkan caragaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain2. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.

Cuba amalkan panduan2 tersebut. insha’Allah,kita boleh kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan bolih terus berkhidmat kpd ugama dan bangsa. Aamin.

Sumber: Dr Hamid Arshat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...