Umum telah mengetahui kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020 bagi memutuskan rangkaian jangkitan wabak COVID-19.
Oleh itu, orang ramai diminta untuk kuarantin di rumah dan tidak bergerak ke merata-rata tempat kecuali bagi membeli keperluan asas. Menghentikan segala aktiviti yang membuatkan ramai orang berkumpul termasuklah berekreasi di taman atau bersenam.
Bagaimanapun, ada juga golongan “bijak pandai” yang tidak mematahui arahan tersebut.
“Kalau perintah berkurung, kamu boleh hentikan orang tapi ini bukan perintah berkurung”
Terbaru, viral video seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai doktor pakar Kardiologi bernama Dr Ong, dilihat mempersoalkan mengapa dia dilarang untuk ‘jogging’ di taman.
Bukan sahaja ingkar dengan arahan yang sudah dikeluarkan oleh kerajaan, lelaki itu juga enggan pulang ke rumah dan kemudiannya bertekak dengan anggota penguatkuasa.
“Memalukan profesion doktor, tangkap dan kuarantin je” – Netizen
Rata-rata netizen bengang dengan tindakan melampau Ong yang mementingkan diri sendiri. Dia boleh sahaja terdedah kepada virus tanpa disedari dan hanya akan menyusahkan orang lain sekiranya dijangkiti COVID-19.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, mana-mana individu yang melanggar arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh didenda sehingga RM 1,000 atau penjara enam bulan atau tidak kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman diputuskan menerusi Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang berkuat-kuasa hari ini hingga 31 Mac.