Doktor HTAR Sertai Himpunan Diminta Beri Surat Tunjuk Sebab

Trending

Doktor HTAR Sertai Himpunan Diminta Beri Surat Tunjuk Sebab

Semalam, ratusan doktor kontrak seluruh negara melakukan himpunan secara aman bermula jam 11 pagi menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu. Mereka juga dipercayai memohon hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap termasuk cuti dan faedah.

6 bulan lalu

Doktor Kontrak Sertai Perarakan Mogok Secara Aman

Advertisement

Memetik laporan Kosmo! Online, mana-mana doktor kontrak yang terlibat dalam gerakan Hartal Doktor Kontrak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, boleh dikenakan tindakan tatatertib jika didapati melanggar etika profesional iaitu Sumpah hipokratik.

hartal doktor kontrak HTAR

Sumber: Kosmo! Online

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya akan meminta mereka memberikan surat tunjuk sebab di atas perlakuan tersebut.

Menurutnya, profesion sebagai seorang doktor menuntut golongan ini berkorban demi pesakit bukannya mengorbankan pesakit demi diri mereka.

“Kita bekerja bukan untuk glamor. Kerja doktor ini mulia dan jangan campak profesion kedoktoran sehingga dipandang hina oleh masyarakat.”

Tambah beliau lagi, sebagai seorang doktor mereka tidak seharusnya terpengaruh dengan sebarang hasutan untuk menyertai hartal memandangkan kerajaan telah melanjutkan tempoh kontrak sebelum ini.

Advertisement

Beliau berkata, tugas seorang doktor adalah menolong orang di dalam kesusahan tanpa mengambil kira kepentingan diri sendiri. Malah, ilmu pengetahuan kedoktoran yang diperoleh semasa bekerja di sektor awam boleh digunakan di masa hadapan.

Terdahulu, media melaporkan seramai lebih 20 pegawai perubatan di HTAR menyertai gerakan Hartal Doktor Kontrak yang berlangsung secara aman selama 15 minit.

Sumber: Kosmo! Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...