Doktor Didakwa Hasilkan Pornografi & Amang Seksual Terhadap Pesakit Kanak-Kanak Ketika Sedang Merawat

Kehidupan

Doktor Didakwa Hasilkan Pornografi & Amang Seksual Terhadap Pesakit Kanak-Kanak Ketika Sedang Merawat

Dalam satu kejadian yang berlaku di Chukai, Kelantan seorang doktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menghasilkan pornografi dan melakukan amang selsual terhadap enam pesakit kanak-kanaknya.

Menurut laporan, tertuduh, Dr Anas Ramli, 32, kini bertugas di sebuah hospital kerajaan di Kuantan, Pahang dan mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan tersebut.

Advertisement

 

Buat ‘kerja’ waktu rawat pesakit kanak-kanak

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut sewaktu merawat keenam-enam pesakit kanak-kanak itu pada Disember 2022 hingga 26 Januari 2023.

Anas didakwa menghasilkan pornografi dalam bentuk gambar membabitkan lima pesakit perempuannya yang berusia antara 7 hingga 11 tahun ketika merawat mereka di Hospital Kemaman.

hospital

Kesalahan itu mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama, jika sabit bersalah tertuduh boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang enam sebatan.

Satu lagi pertuduhan, Anas didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bagi maksud seksual pada 8 Feb tahun lepas di hospital sama antara 5.45 petang hingga 6.40 petang.

Bagi kesalahan itu pula, dia didakwan mengikut Seksyen 14(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan, dibaca bersama Seksyen 16 (1) yang membolehkan tertuduh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan jika disabitkan bersalah.

 

Rayu ikat jamin direndahkan

Bagaimanapun, peguam yang mewakilinya, Faizal Rahman merayu agar anak guamnya dikenakan jaminan rendah kerana keseluruhan RM120,000 terlalu tinggi untuk tertuduh yang baru sahaja empat tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.

dr anas ramli

Hakim Wan Suhaila kemudiannya membenarkan jaminan RM5,000 bagi setiap tuduhan dengan seorang penjamin selain turut meluluskan syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan.

Wan Suhaila turut mengarahkan tertuduh untuk melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan sehingga kes berkenaan selesai dibicarakan.

 

Kes lain di Mahkamah Majistret

Di Mahkamah Majistret pula. tertuduh mengaku tidak bersalah ketika didakwa atas kesalahan memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbitnya yang dilakukan di dalam dewan bedah di hospital sama antara 7.30 pagi hingga 10 pagi pada 1 Nov 2022.

Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenar ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan diarahkan untuk tidak mendekati mangsa dan saksi sehingga kes selesai.

pornografi kanak-kanak
6 months ago

Baru Kahwin Tiga Minggu, Lelaki Didenda Mahkamah Selepas Mengaku Bersalah Miliki Pornografi Kanak-Kanak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : FMT

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...