Seorang lelaki muda berusia 21 tahun terpaksa menerima rawatan di sebuah klinik kesihatan selepas dijangkiti penyakit kelamin, dipercayai akibat hubungan seks rambang.
Kes ini bukan sekadar satu insiden terpencil, sebaliknya mencerminkan realiti membimbangkan yang kini semakin biasa dilihat oleh para petugas kesihatan.
Lebih menyedihkan, remaja dan pelajar sekolah juga tidak terkecuali daripada jangkitan penyakit seksual (STD).

gambar hiasan
Memetik laporan Kosmo! Online, Dr. Sakinah Sulong, seorang pengamal perubatan berkata, pesakit dengan STD kini bukan hanya datang dari kalangan dewasa malah ada yang semuda belasan tahun.
Ada yang semuda belasan tahun. Mereka mungkin belum kena HIV tapi mereka dah dapat penyakit kelamin yang lain, gonorrhea ataupun sifilis ataupun HPV ataupun Hepatitis B dan C.
Menurutnya, apa yang lebih merisaukan adalah sikap segelintir ibu bapa yang menolak vaksin penting seperi HPV dan Hepatitis B dengan alasan kononnya ia boleh menggalakkan seks bebas.
Namun, hakikatnya, vaksin tersebut adalah benteng awal untuk mencegah penyakit serius, termasuk kanser pangkal rahim dan kanser hati.
Kita bukan bagi vaksin untuk menggalakkan seks bebas tapi kita nak cegah kuman ini membawa kanser satu masa nanti.
Kuman HPV dikaitkan dengan kanser pangkal rahim. Kuman Hepatitis B & C dikaitkan dengan kerosakan hati dan seterusnya kanser hati.

gambar hiasan
Beliau turut menekankan bahawa rupa luar anak ‘baik’ belum tentu bebas dari risiko.
Bila ada ibu bapa yang menolak vaksin HPV dan Hepatitis B, dengan alasan kononnya anak mereka tak akan terdedah dengan aktiviti seks di usia muda, saya nasihatkan jangan terlalu yakin.
Anak kita mungkin bersih, tapi pasangannya belum tentu. Mungkin dia pernah ‘nakal’ satu masa dulu dan boleh menjangkitkan kuman ini selepas berkahwin.
Sebagai langkah pencegahan, vaksin HPV kini diberikan kepada pelajar sekolah menengah perempuan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan, manakala vaksin Hepatitis B diberikan sejak bayi.