Doktor Cadang Rawatan Khas Untuk Elyana, Satu Ubat Harga RM50,000

Hiburan

Doktor Cadang Rawatan Khas Untuk Elyana, Satu Ubat Harga RM50,000

Penyanyi Elyana, 34, dicadangkan doktor untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi yang akan dijalaninya, Jumaat ini, namun ubat tersebut harganya mencecah RM50,000 satu rawatan.

Elyana
3 years ago

"Berhenti Kongsi Cerita Pesakit Kanser Mati.." - Elyana Rayu Peminat Fahami Keadaannya Kini

Advertisement

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkata kepada pihak Harian Metro, ubat itu perlu digunakan untuk lima kali rawatan dan tentu kosnya sangat tinggi.

Saya kini dalam perbincangan dengan pihak pengeluar ubat itu mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Apabila berkongsikan mengenai keadaan kesihatannya selepas menjalani sesi pertama rawatan kimoterapi minggu lalu, penyanyi tersebut berkata mengalami beberapa kesan sampingan antaranya rabun yang semakin teruk.

Selain daripada itu, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu kini juga menjaga kuantiti makanan yang dimakan bagi memastikan perut serta proses pernafasannya lancar dan selesa.

Elyana

Sekadar info, Elyana telah menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu dan mendedahkan mengenai penyakit itu buat pertama kalinya di konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya pada 2017.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...