Doktor Bimbang Kenderaan Semakin Padat Di Seremban Walaupun Sudah Terima 41 Kes Positif Terbaru

Kehidupan

Doktor Bimbang Kenderaan Semakin Padat Di Seremban Walaupun Sudah Terima 41 Kes Positif Terbaru

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini adalah sangat penting bagi mengurangkan penularan COVID-19 dengan lebih efektif. Namun sejak kebelakangan ini, beberapa kawasan dilaporkan semakin menampakkan peningkatan kenderaan di jalan raya sejak tempoh PKP diumumkan dilanjutkan.

Baca: Pemandu Grab Kecewa Kenderaan Semakin Bertambah Di Jalan Raya Walaupun Dalam Tempoh PKP

Advertisement

Seorang doktor yang berkhidmat di salah sebuah hospital di Seremban turut melahirkan kebimbangannya melihat sikap segelintir masyarakat yang ingkar pada arahan PKP. Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, kereta mula membanjiri Bandar Seremban sejak awal pagi semalam.

41 kes baru di Seremban

Saya perasan ramai yang duk cerita banyak kereta mula membanjiri Bandar Seremban sejak awal pagi tadi. Hingga ada yang beritahu PKP seolah-olah dah makin longgar. Mulalah seharian hati ni rasa tak sedap. Serba serbi tak kena.

Tup-tup sekejap tadi dapat berita 41 kes baru positif dikesan kat Seremban ni! Bukan 4 kes. 41 woih!

Lemah seluruh sendi badan lalu tersandar ke kerusi masa mula mula tahu berita ni tadi. Satu demi satu wajah rakan-rakan sekerja dekat Hospital Seremban sana tiba-tiba menerpa ke dalam fikiran. Ada antara kami yang dah sebulan terpisah dengan isteri. Ada yang baru seminggu menimang cahaya mata. Ada yang isterinya sedang sarat mengandung.

Tambahnya lagi, ramai rakan-rakan sekerjanya di Hospital Seremban yang sudah lama tidak berjumpa dengan keluarga masing-masing. Ditambah pula dengan faktor keletihan menangani kes wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Sebagai petugas perubatan, sudah menjadi tanggungjawab mereka membantu masyarakat yang memerlukan rawatan. Tetapi sikap segelintir masyarakat yang berdegil untuk menurut arahan PKP mungkin boleh melanjutkan lagi penularan wabak ini.

Masih ada yang berdegil

Kawan-kawan yang bertugas di wad pun ramai yang mengadu dah terlampau letih dengan ujian wabak kali ini. Dan mereka ni nak tak nak kena terus bekerja dan bekerja untuk lawan virus yang kita semua tak nampak ni.

Sebahagiannya terpaksa dapatkan bantuan kaunseling disebabkan terlampau stress. Siapa yang tak stress bila terus berada dalam suasana kerja berisiko tinggi untuk terkena jangkitan maut dalam tempoh yang panjang.

Siapa yang tak stress bila saban hari ada yang diarah untuk jalani kuarantin. Siapa yang tak stress bila anak dan isteri turut berisiko untuk dijangkiti. Paling malang, stress tu timbul bila berterusan terpaksa berhadapan dengan sejumlah manusia degil yang tak reti patuh arahan berkurung!

Kawan-kawan,

Di Seremban ni sahaja kita dah ada 260 orang pesakit positif. 2 kawasan diletakkan dalam zon merah. Manakala 2 lokasi lagi dah dikategorikan sebagai zon jingga. Lain-lain lokasi hampir kesemuanya termasuk dalam kategori zon kuning.

seremban covid-19

Sekiranya masih lagi bersikap sambil lewa dan bangga dengan sikap pentingkan diri sendiri, ketahuilah yang kita akan menzalimi lebih ramai orang lebih lebih lagi petugas kesihatan. Bersedialah untuk menerima lebih banyak kes positif, dikenakan perintah berkurung yang lebih keras serta melihat pertambahan jumlah kematian di kawasan kita ni.

Tolong kongsikan pesanan ini pada ahli keluarga dan sahabat agar mereka terus beringat dan berhati-hati. Bukan nak menakutkan, tetapi saya harap kita sama-sama jangan ambil mudah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...