Doktor Ambil Risiko Pertaruh Nyawa, Buang Bom Hidup Yang Melekat Di Muka Askar

Trending

Doktor Ambil Risiko Pertaruh Nyawa, Buang Bom Hidup Yang Melekat  Di Muka Askar

Pakar bedah telah berjaya mengeluarkan satu bom hidup dari muka seorang askar dalam satu operasi pembedahan yang dijalankan di kawasan letak kereta sebuah hospital selepas bom itu ditembak kearah askar terbabit dalam satu insiden yang berlaku beberapa hari lalu.

Advertisement

Alat letupan itu berjaya dibuang namun proses membuangnya berjalan dalam keadaan tertekan kerana bom itu boleh meletup bila-bila masa.

Disebabkan itu, operasi mengeluarkan bom terbabit dibuat di kawasan letak kereta Hospital Tentera di Colombia supaya tiada pesakit yang akan terkesan sekiranya bom itu meletup.

Pihak berkuasa kini masih lagi menyiasat bagaimana bom itu boleh melekat di dalam muka askar terbabit yang dikenali sebagai Luis Eduardo Perez Arango.

Bagaimanapun, beberapa laporan menyebut bom itu melekat pada muka askar itu kerana penyalahgunaan senjata berat yang dilengkapi dengan pelancar bom menyebabkan bahan letupan itu secara tidak sengaja melekat pada tengkorak askar tersebut.

Ketua operasi pembedahan itu, William Sanchez berkata : “Ianya saat yang sangat getir, tapi tak ada pilihan lain selain mencuba untuk menyelamatkan nyawa pesakit, termasuk berdoa kepada tuhan supaya tiada tragedi yang berlaku.”

Pasukan bedah itu menyifatkan kumpulan mereka menjalankan operasi itu dengan sangat berhati-hati supaya mereka tidak terletupkan bom itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...